![]() |
Gambar hiasan. - Ihsan Utusan Malaysia |
KUALA LUMPUR, 16 Dis - Pergerakan Wanita Barisan Nasional
(BN) menggesa kerajaan mengkaji semula polisi pengambilan pembantu
rumah asing yang pada masa ini rumit dan kompleks sehingga memberi
kesulitan kepada majikan terutama wanita.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil berkata sistem yang diguna pakai sekarang hanya
menguntungkan agensi pembantu rumah sebagai orang tengah dengan
mengenakan bayaran atau caj yang tinggi sehingga membebankan majikan
dan juga pembantu rumah.
"Sistem yang baharu hendaklah memastikan kos dan bayaran pengambilan pembantu rumah asing ini diturunkan ke paras yang munasabah.
"Ini bagi mengelak pengambilan keuntungan berlebihan oleh agen-agen berkaitan dan sekali gus dapat mengurangkan beban bakal majikan," katanya dalam kenyataan di sini hari Ahad.
Shahrizat berkata Wanita BN turut mengesyorkan, jika perlu, penubuhan satu unit atau agensi khas di bawah mana-mana kementerian untuk mempermudah sistem pengambilan dan pemantauan isu berkaitan pembantu rumah rakyat asing - BERNAMA
No comments:
Post a Comment