Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata pihaknya akan memohon pertimbangan Kementerian Dalam Negeri berhubung cadangan berkenaan memandangkan ia telah diaplikasikan di beberapa buah negara maju.
Saturday, January 8, 2011
Jabatan Imigresen Cadang Perkenal Sistem APPS Kesan Warga Asing Dikehendaki
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata pihaknya akan memohon pertimbangan Kementerian Dalam Negeri berhubung cadangan berkenaan memandangkan ia telah diaplikasikan di beberapa buah negara maju.
Tujuh GRO Rakyat China Diberkas
Ketua Imigresen Lumut Zaidi Dali berkata kesemua mereka yang berusia antara 32 dan 44 tahun itu diberkas dalam serbuan berasingan di Kampung Selamat dan Segari.
Pekerja Asing Dilindungi Insurans SPIKPA Boleh Masuk Hospital Kerajaan Tanpa Deposit
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata SKHPPA, yang wajib diambil semua pekerja asing berikutan penguatkuasaan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (Spikpa) pada 1 Jan lepas, membolehkan pelaksanaan "tanpa tunai" dibuat.
Wednesday, January 5, 2011
Murugiah Cadang Hanya Syarikat Kukuh Dibenar Ambil Pekerja Asing
Seramai 12 GRO Warga Asing Ditahan Di Petaling Jaya
Beliau berkata serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai polis, termasuk anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada kira-kira 4.30 petang.
Beliau yang turut serta dalam serbuan itu berkata serbuan itu dibuat setelah menerima aduan dari penduduk di kawasan berkenaan.
"Premis itu berada dalam keadaan terkunci ketika diserbu dan hanya pelanggan tetap sahaja yang dibenarkan masuk. Kami menyerbu masuk selepas pemilik premis berkenaan leka dengan kunjungan pelanggan tanpa menyedari pergerakan mereka telah diperhatikan," katanya.
Arjunaidi berkata premis berkenaan gelap dan hanya disinari dengan cahaya lampu neon yang dipasang di sudut dalam ruangan premis terbabit, dan pemeriksaan mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang permit hiburan yang diluluskan dari pihak berkuasa tempatan.
Beliau tidak menolak kemungkinan premis berkenaan turut menawarkan khidmat seks ekoran penemuan ruangan khas yang menempatkan beberapa buah tilam.
Pusat hiburan yang terletak di bahagian atas premis bangunan kedai dua tingkat itu dilengkapi dengan sofa dan ruang minum bagi pelanggan dan GRO terbabit.
Katanya kesemua wanita asing itu dibawa ke IPD Petaling Jaya bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut. - FoN Online
Sunday, January 2, 2011
Pembantu Rumah Maut Dipercayai Cuba Lari Dari Rumah Majikan
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan kain selimut malam tadi semasa majikannya tiada di rumah.
"Mayat mangsa ditemui pukul 7.30 pagi tadi oleh penduduk dalam keadaan tertiarap, di lorong belakang sebuah tadika di apartmen ini. Turut dijumpai berhampiran mayat ialah beg pakaian," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
Abdul Razak berkata polis juga masih menyiasat sama ada majikan berkenaan mengambil pendatang tanpa izin sebagai pembantu rumah berikutan tiada dokumen pengenalan diri mangsa ditemui.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, isterinya terdengar dentuman kuat semalam tetapi tidak mengesyaki sebarang kejadian yang berlaku.
"Dipercayai mangsa yang terjatuh dari tingkat 12 turut berpaut pada struktur besi di tingkat 10 sebelum terjatuh. Kesan pautan itu menyebabkan beberapa batang besi di tingkat 10 bengkok," katanya di tempat kejadian.
Beliau juga berkata lorong kecil tempat mayat mangsa ditemui jarang dilalui penduduk menyebabkan kejadian itu tidak dapat dikesan lebih awal.
Majikan mangsa ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut. - BERNAMA
Imigresen Tahan 65 PATI Kemboja

Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen negeri, Amzari Abdul Jalil berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 33 wanita, 13 lelaki dan 15 kanak-kanak yang kesemuanya berusia dalam lingkungan tiga bulan hingga 45 tahun.
Beliau berkata, mereka ditahan dalam Ops Sapu yang diadakan selama dua jam bermula pukul 2.30 pagi dengan disertai 80 anggota penguat kuasa termasuk pegawai Imigresen.
"Semasa serbuan, mereka dipercayai sedang tidur kerana lambat membuka pintu. Menyedari kawasan rumah diserbu, kesemuanya melarikan diri sehingga ada yang meninggalkan anak-anak di rumah.
"Malah ada segelintir mereka menyorok di bawah katil dan kebun getah berhampiran bagi mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa.
"Taktik tersebut bagaimanapun gagal apabila mereka berjaya diberkas tidak lama selepas itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Amzari, kesemua mereka mendakwa mempunyai surat kebenaran yang diibaratkan sebagai 'pasport' untuk bekerja dan tinggal secara sah di negara ini.
Katanya, mereka menunjukkan sekeping kertas tertera cop dan tandatangan rasmi Setiausaha Jawatankuasa Khas Penyelesaian Masyarakat Kemboja kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, Parlimen Pekan, Pahang.
"Semasa disoal siasat, mereka menunjukkan surat sokongan yang sama dan kami percaya wujud sindiket penipuan serta pemalsuan dokumen tersebut.
"Ekoran dakwaan tersebut, satu siasatan akan dijalankan secara menyeluruh untuk mengetahui kebenarannya," katanya lagi. - UTUSAN