
Saturday, June 20, 2009
PATI guna perahu layar buatan sendiri

Rencana : Laporan Amerika berat sebelah
1 MALAYSIA : Peluang dapat kerja
Indonesia beku hantar pekerja?
Friday, June 19, 2009
'Tidak semua majikan zalim'
Thursday, June 18, 2009
Gubal perundangan kawal pekerja asing
KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz mempersoalkan ketiadaan satu undang-undang khusus bagi mengawal kebanjiran pekerja asing sehingga menimbulkan trauma di kalangan rakyat.
Beliau berkata, sebilangan rakyat menjadi takut dan berasa bimbang untuk ke mana-mana walaupun berada di tanah air sendiri gara-gara jumlah warga asing yang terlalu ramai.
Tegasnya, kerajaan perlu menggubal undang-undang khusus bagi menjaga kesejahteraan rakyat dengan mengambil contoh negara jiran yang mana pekerja asingnya tidak berani bertindak sewenang-wenangnya kerana penguatkuasaan undang-undangnya tegas dan keras.
"Beberapa tempat di negara ini, penuh dengan kebanjiran pekerja asing sehinggakan Balakong lebih sesuai dipanggil dengan nama 'Banglakong' dan Pasar Seni pada hujung minggu juga penuh dengan kumpulan ini hingga merimaskan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membangkitkan perkara tersebut dalam soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjawab soalan asal Mohamed yang bertanyakan mengenai tindakan yang boleh diambil bagi mencegah kelakuan tidak senonoh pekerja-pekerja dan pelajar asing.
Menurut Abu Seman, masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa dan bukannya sekadar melihat kelakuan tidak senonoh pekerja asing di sesuatu kawasan yang mengganggu ketenteraman awam dan penduduk tempatan.
Beliau berkata, pada masa ini tidak banyak aktiviti tidak senonoh dilaporkan kepada polis atau Jabatan Imigresen, dan pihak kementerian memang memandang serius senario itu.
"Kementerian amat mengharapkan masyarakat mengubah persepsi supaya lebih peka dan prihatin terhadap masalah ini dengan menggunakan pendekatan 'bukan sahaja melihat kehadiran mereka, tetapi turut merasa kehadiran mereka," katanya.
Tambah Abu Seman, bagi menangani masalah itu polis dan Jabatan Imigresen telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut:
*Mengenal pasti kawasan-kawasan bermasalah dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan oleh agensi-agensi berkaitan.
*Mendirikan unit polis bergerak dan pondok bit polis di kawasan bermasalah ini.
*Membatalkan permit kerja bagi pekerja asing dan visa pelajar asing.
*Mendakwa mereka di mahkamah jika didapati perilaku tidak senonoh berkenaan bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara. Sumber Utusan Malaysia
Cubaan burukkan imej negara - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 17 Jun - Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyenarai semula Malaysia antara negara yang menyeludup manusia merupakan cubaan untuk menjejaskan imej negara ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau percaya ia merupakan tindakan kongres AS untuk memburuk-burukkan Malaysia.
"Saya dimaklumkan bahawa ada gerakan daripada anggota Kongres AS untuk mencaci Malaysia berdasarkan masalah penyeludupan manusia.
"Kedudukan Malaysia di tengah-tengah kawasan ASEAN mempunyai kelemahan dari segi geografi untuk perdagangan manusia ke seluruh dunia.
"Warga-warga Iraq, Asia Barat, Pakistan dan Bangladesh sering transit di Malaysia sebelum berangkat ke Australia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan AS memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu. Sumber Utusan Malaysia
AS diminta beri penjelasan - Hishamuddin

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mahu mengetahui atas alasan atau sebab apa tindakan itu dibuat.
Serentak itu, tegas beliau, KDN akan menghubungi Kedutaan AS di negara ini dalam masa terdekat bagi mendapatkan laporan rasmi dan tepat mengenainya.
"KDN akan berjumpa Kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk mengenal pasti apa tuduhan dan dakwaan sehingga Malaysia disenarai hitam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Negara AS meletakkan semula Malaysia dalam Laporan Penyeludupan Manusia selain enam negara baru dari Afrika.
Dalam laporan berkenaan, Malaysia didakwa gagal memenuhi standard minimum bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia selain tidak mengambil usaha sewajarnya untuk mengatasi masalah itu.
Hishammuddin memberitahu, ini bukan pertama kali Kerajaan AS mengambil tindakan sedemikian di mana pada tahun 2007, Malaysia diletakkan pada Tahap 3.
Bagaimanapun, tambah beliau, selepas memperkenalkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, status negara dalam kegiatan tersebut diturunkan ke Tahap 2.
Pada perkembangan lain, Hishammuddin menjelaskan, mulai Isnin ini beliau akan turun padang ke lokasi-lokasi yang mempunyai kadar jenayah tinggi bagi melihat sendiri kaedah-kaedah baru yang boleh diambil oleh KDN bagi mengatasi isu berkenaan.
"Saya mahu mendengar sendiri cerita dan apa yang terpaksa KDN lakukan bagi membanteras jenayah," katanya. Sumber Utusan Malaysia
MTUC sambut baik pembantu rumah diberi cuti sehari
KUALA LUMPUR 17 Jun - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyifatkan langkah kerajaan mewajibkan majikan memberikan cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah sebagai satu cadangan yang baik.
Timbalan Presidennya, Shafie BP Mammal berkata, pelaksanaan cuti tersebut harus dipercepat bagi mengelakkan lebih banyak berlakunya penyelewengan, penganiayaan dan kes bunuh diri melibatkan pembantu rumah.
''Cuti sehari dalam seminggu juga dapat memberi ruang kepada mereka untuk bergaul sesama rakan senegara sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya akan mewajibkan majikan memberikan cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah pada penghujung tahun ini.
Jelasnya, peraturan baru tersebut akan dikuatkuasakan melalui kontrak pekerjaan yang akan ditandatangani oleh majikan, pembantu rumah dan agensi yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke dalam negara.
Walaupun begitu, kata beliau, majikan bebas memilih hari yang difikirkan sesuai untuk diberikan cuti dan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerja seminggu tanpa cuti, pembantu rumah harus diberikan pampasan.
Tambah beliau, sekiranya majikan gagal mematuhi terma dan syarat pengambilan pembantu rumah yang baru, mereka boleh didenda sehingga RM10,000.
Dalam pada itu, Shafie menegaskan syarat pemberian cuti sehari dalam seminggu yang dimasukkan ke dalam kontrak pekerjaan adalah wajar.
''Sekiranya kita tidak berbuat demikian, orang di luar negara akan memandang serong kepada orang Malaysia kerana tidak mesra kepada pembantu rumah," katanya.
Tambahnya, cuti sehari tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada golongan itu untuk berehat, malah ia dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik bersama majikan. - Sumber Utusan Malaysia
Wednesday, June 17, 2009
Ini yang PATREE Malaysia takutkan : M'sia disenaraihitam seludup manusia - Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika
2. Namun sehingga hari ini, PATREE Malaysia masih tidak mendapat jawapan rasmi dari Kementerian Dalam Negeri.
3. Kaedah menangani pekerja asing yang sah dan usaha mensifarkan PATI juga ditekankan di dalam objektif utama.
4. PATREE Malaysia tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan dengan cuba untuk memburukkan imej negara. Ini termasuk kenyataan pihak luar yang dengan jelas berniat jahat.
5. Demi 1 MALAYSIA dan langkah proaktif, luluskan pendaftaran PATREE Malaysia.
Bebas-PATI : Compulsory day off for maids
Bebas-PATI : Tidak boleh ke sekolah kerajaan

Jangan bersikap keterlaluan - Hishamuddin

Tuesday, June 16, 2009
Rencana : Anjakan ekonomi buruh asing
Monday, June 15, 2009
Siti Hajar was made PATI since last year
2. She had been staying in the country illegally since her passport expired on May 9, 2009.
3. “She would probably be penalised for that,” said Susapto, referring to the detained employer.
5,000 jawatan kosong pelbagai sektor ditawar

1. Lebih 5,000 jawatan kosong ditawarkan sektor kerajaan dan swasta kepada siswazah sempena Program Penempatan dan Pekerjaan 'Train & Place' peringkat negeri 2009 di sini, selama dua hari berakhir semalam. Program itu menawarkan pekerjaan daripada pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, pertanian dan peruncitan.
2. Peluang 1 MALAYSIA untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan..INGAT! Kerja adalah proses menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.
3. Dengan bertambahnya ilmu pengetahuan dan kemahiran, maka akan bertambahlah 'harga diri' (yakni gaji/upah) seseorang itu.
Ambil amah China - Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing
Lagi kes Pekerja Asing : Wanita lari dari kurungan parah
Percepatkan Kelulusan PATREE Malaysia Untuk Kebaikan Bersama

2. Perkara ini amat serius kerana ianya bukan hanya melibatkan kesan psikologi tetapi juga membawa kepada tindakan lebih serius seperti mendera dan memaksa melakukan perkara yang jelas tidak dibenarkan oleh Agama Islam.
Sunday, June 14, 2009
MAID ABUSE IN MALAYSIA: Shelter full of horror stories

2. In this case, they are made PATI resulted from Employers cruelties.
MAID ABUSE IN MALAYSIA: Tortured souls in our homes
Bina insan berkualiti - Datin Seri Rosmah Mansor
‘Tekong’ bawa masuk balai

Peniaga Pasar Pudu perlu pekerja asing - Raja Nong Chik
