SHAH ALAM 23 Dis. - Dua wanita warga Filipina
dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini
selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar 71 biji kapsul berisi
heroin, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut selepas
mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh, Aisa Bello Mansong, 29, dan
Elenor Kantor Sadullo, 51, merupakan penafian semata-mata.