KENYATAAN MEDIA
YBHG. TAN SRI
MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
mengenai
KEPUTUSAN ISU BERBANGKIT PROGRAM 6P AKAN DIUMUM MINGGU
HADAPAN
17 DISEMBER (SABTU)
1.
Beberapa
isu berbangkit sepanjang pelaksanaan Program 6P telah dikenal pasti Kementerian
Dalam Negeri (KDN) dan senarai tersebut telah dipanjangkan kepada semua
kementerian dan agensi kawal selia program ini sebelum keputusan terhadapnya
diputuskan awal minggu hadapan.
2. Senarai
ini diperolehi hasil pertemuan antara KDN dengan semua pihak yang terbabit
dalam pelaksanaan proses pemutihan, termasuklah majikan, syarikat pengurus dan
pihak kedutaan pelbagai negara.
3. Antara isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta
prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua
pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk
diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang
ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa.
4. Susulan
itu, 12 Kementerian dan agensi
berkaitan telah memberi ulasan masing-masing, manakala enam (6) lagi termasuk
Kementerian Pertanian masih belum memberi maklum balas.
5.
Dalam
perkembangan lain, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 2,721
pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 46 majikan telah ditahan Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 1,178 operasi penguatkuasaan Program 6P
bermula 20 Oktober 2011.
6. Jumlah
yang ditahan itu adalah bilangan daripada keseluruhan 25,158 PATI serta 46
majikan yang diperiksa sepanjang operasi.
7. Pada
masa sama, sehingga semalam (16 Disember
2011), sejumlah 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan
di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. Jumlah paling
tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh
(2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka
(786); dan China (493).
8. Daripada
statistik yang sama, 41,422 PATI direkodkan keluar menggunakan pengangkutan udara;
12,110 memilih jalan laut dan 141 menggunakan laluan darat.
#####
Disediakan : Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian
Dalam Negeri
Aras
9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya
No.
Telefon : 03 – 8886 8000
No comments:
Post a Comment