Wednesday, December 21, 2011

Lebih 200 Pengemis Asing Diberkas

KUALA LUMPUR, 21 Dis - Seramai 282 pengemis asing adalah antara 1,762 pengemis dan kutu rayau yang diberkas pihak berkuasa menerusi 948 operasi berkala di seluruh negara dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu Rabu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Heng Seai Kie berkata kesemua pengemis warganegara asing itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

"Bagi golongan gelandangan dan kutu rayau warga tempatan pula, mereka ditempatkan di Desa Bina Diri manakala bagi yang berumur 60 tahun ke atas, diberi perlindungan di Rumah Seri Kenangan.

"Kedua-dua golongan ini akan menjalani pemulihan dan latihan kerjaya bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun seperti latihan vokasional, pertanian, kraf tangan, bimbingan agama dan juga rekreasi," katanya ketika menjawab Senator Datuk Chin Su Phin ketika sesi soal jawab.

Heng juga menjelaskan bahawa pengemis itu juga diberikan rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan serta bimbingan kaunseling sementara pengemis yang mempunyai keluarga, akan dipulangkan kepada keluarga masing-masing sebelum dipertimbangkan untuk menerima sebarang bantuan kebajikan.

Mengenai undang-undang khusus dan lebih tegas bagi membendung gejala pengemis jalanan dengan lebih berkesan, Heng berkata ia tidak perlu kerana Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 telahpun mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...