KUALA LUMPUR, 23 Dis - Sebuah pusat setempat Program
Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) akan
dibuka di Pulau Pinang pada Selasa ini bagi memudahkan prosedur
pemutihan pekerja asing tanpa izin.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata pusat itu yang ditempatkan di Pejabat Imigresen negeri, Jalan Kelasah, Seberang Jaya akan dibuka setipa hari dari 8 pagi hingga 5 petang.
Bagi melancarkan program yang berakhir 10 Jan depan, kementerian juga
menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada majikan dan syarikat
pengurus sebagai peringatan, katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata pusat itu yang ditempatkan di Pejabat Imigresen negeri, Jalan Kelasah, Seberang Jaya akan dibuka setipa hari dari 8 pagi hingga 5 petang.
Beliau berkata sehingga kini, sebanyak 30,724 SMS telah dihantar dan daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus majikan dan syarikat pengurus yang dihubungi memberi respons.
Sementara itu, Mahmood berkata empat individu termasuk seorang wanita yang berumur antara 21 dan 50 tahun ditahan di Jalan Kasipillay di sini, kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(1)(F) Akta Pasport 1966 dan Seksyen 56 (1A)(C) Akta Imigresen.
Katanya turut dirampas beberapa peralatan termasuk sebuah mesin Biometrik NERS yang tidak mempunyai nombor siri, berlogo Jata Negara dan perkataan Malaysia; mesin pencetak; dan 50 slip pendaftaran pendatang tanpa izin bernombor siri yang sama dengan nama berbeza.
Juga dirampas dua pasport Bangladesh dan dua pasport Indonesia disyaki palsu, katanya.
Beliau berkata jika disabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment