Thursday, June 18, 2009

AS diminta beri penjelasan - Hishamuddin

PUTRAJAYA 17 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Amerika Syarikat (AS) memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negara itu menyenaraihitamkan semula Malaysia kerana kegiatan penyeludupan manusia.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mahu mengetahui atas alasan atau sebab apa tindakan itu dibuat.

Serentak itu, tegas beliau, KDN akan menghubungi Kedutaan AS di negara ini dalam masa terdekat bagi mendapatkan laporan rasmi dan tepat mengenainya.

"KDN akan berjumpa Kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk mengenal pasti apa tuduhan dan dakwaan sehingga Malaysia disenarai hitam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Negara AS meletakkan semula Malaysia dalam Laporan Penyeludupan Manusia selain enam negara baru dari Afrika.

Dalam laporan berkenaan, Malaysia didakwa gagal memenuhi standard minimum bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia selain tidak mengambil usaha sewajarnya untuk mengatasi masalah itu.

Hishammuddin memberitahu, ini bukan pertama kali Kerajaan AS mengambil tindakan sedemikian di mana pada tahun 2007, Malaysia diletakkan pada Tahap 3.

Bagaimanapun, tambah beliau, selepas memperkenalkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, status negara dalam kegiatan tersebut diturunkan ke Tahap 2.

Pada perkembangan lain, Hishammuddin menjelaskan, mulai Isnin ini beliau akan turun padang ke lokasi-lokasi yang mempunyai kadar jenayah tinggi bagi melihat sendiri kaedah-kaedah baru yang boleh diambil oleh KDN bagi mengatasi isu berkenaan.

"Saya mahu mendengar sendiri cerita dan apa yang terpaksa KDN lakukan bagi membanteras jenayah," katanya. Sumber Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...