Friday, February 3, 2012

Operasi Kesan 1.3 Juta PATI Tidak Mendaftar 6P Mulai Pertengahan Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), akan dilakukan di seluruh negara mulai pertengahan bulan ini.

Operasi itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bersama-sama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata operasi itu antara lain melibatkan 1,400 anggota penguatkuasa Imigresen dan 2.8 juta anggota Rela.

"Operasi ini akan diadakan selepas tamatnya proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) pada 15 Feb ini," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Sehingga kini, seramai 370,000 PATI telah mendaftar menerusi program 6P setakat ini.

"Berdasarkan operasi kita tahun lepas, kita telah memeriksa 35,000 pekerja/pendatang asing tanpa izin dan mendapati 4,000 daripada mereka tidak mempunyai sebarang permit pekerjaan," katanya.

Alias berkata kerajaan telah memberi ruang secukupnya buat PATI mendaftar dalam program 6P.

Operasi menangkap PATI yang tidak berdaftar adalah langkah yang wajar setelah kerajaan mengambil langkah proaktif terhadap pekerja asing, katanya.

Program 6P merupakan inisiatif kerajaan untuk mengesahkan status pekerja asing tanpa izin dalam usaha meredakan kekurangan tenaga kerja dalam beberapa sektor perkhidmatan. - BERNAMA

1 comment:

  1. Bolehkah PATI yang sudah mendafter pulang ke negara asal atau pergi ke negara lain????
    Bagaimanakah caranya???

    ReplyDelete

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...