Wednesday, December 19, 2012

Najib: Malaysia Dan Indonesia Teruskan Rundingan Tenaga Kerja

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono selepas sidang media sempena Rundingan Tahunan Ke-9 Antara Malaysia dan Indonesia di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA, 18 Dis - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Indonesia akan meneruskan rundingan berhubung soal pengambilan tenaga kerja dari negara jiran itu terutama berkaitan kadar fi agensi.

Perdana Menteri berkata Perjanjian Lombok yang ditandatangani pada rundingan kelapan di Lombok, Indonesia tahun lepas sudah pun dipatuhi, namun masih terdapat sedikit kesulitan dari segi kadar fi agensi yang dilihat agak tinggi.

"Presiden Susilo Bambang Yudhoyono setuju supaya kita usahakan agar fi agensi ini dapat ditentukan pada kadar yang munasabah bagi membolehkan Lombok Agreement dilaksanakan dengan sepenuhnya," katanya pada sidang media bersama dengan Presiden Indonesia itu di pejabatnya di sini Selasa.

Menurut Najib kerjasama dalam pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan hubungan antara rakyat perlu ditingkatkan agar ia berkembang dengan lebih komprehensif dan mencerminkan kesungguhan politik kepimpinan kedua-dua negara.

Ini untuk terus menjadikan hubungan ini lebih baik dan akrab, yang boleh menguntungkan kedua-dua negara, kata Najib.

Terdahulu, Susilo yang tiba bersama 18 anggota delegasi dari Indonesia di sini untuk Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang Kesembilan selama dua hari, mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib.

Selain itu, Najib dan Susilo menandatangani satu Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang kebajikan sosial dan pembangunan masyarakat sejurus selepas Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-Indonesia berlangsung.

Sementara itu, Susilo berkata Indonesia dan Malaysia akan terus berusaha untuk mencari satu resolusi baik bagi menyelesaikan isu berkaitan tenaga kerja.

"Masalah tenaga kerja sudah mencapai banyak 'progress' dan kami mengucapkan terima kasih kepada Malaysia yang memberikan kemudahan yang diperlukan bagi anak-anak pekerja Indonesia terutamanya di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan pendidikan," katanya.

Merujuk kepada isu persempadanan, Susilo berkata Indonesia dan Malaysia akan terus berbincang bagi mencapai satu resolusi yang baik dan tepat bagi kedua-dua negara.

"Sebenarnya kita telah mengatasi semua masalah dan mencapai kemajuan. Sebagai tetangga, hampir setiap hari kita berinteraksi.

"Untuk menangani hubungan ini sebaik-baiknya dan sebijak-sebijaknya jangan sampai terganggu apa yang kita bangunkan dan capai melalui kerjasama ini.

"Kami memiliki komitmen serta semangat yang sama, di satu sisi untuk terus meningkatkan kerjasama di pelbagai bidang manakala di sisi yang lain menangani isu-isu yang menjadi gangguan yang kita bangunkan dengan harapan semoga dapat diselesaikan dengan baik," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...