Tuesday, December 18, 2012

Kos Pengambilan Pembantu Rumah Akan Meningkat

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang perlu ditanggung oleh majikan akan meningkat berbanding jumlah yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandangani pada 2011.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata kenaikan itu memandangkan kos yang dipersetujui sebelum ini tidak dapat dilaksanakan kerana hanya melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh majikan dan pekerja.

"Struktur kos yang dipersetujui sebelum ini ialah sebanyak RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan kepada agensi termasuk RM1,800 bayaran pekerja yang didahulukan oleh pihak majikan kepada agensi pekerjaan.

"Ia hanya melibatkan dua kos, iaitu majikan dan pembantu rumah (pekerja) tetapi malangnnya kos itu tidak mengambil kira apakah kos yang perlu ditanggung oleh agensi seperti saya dan kos yang sepatutnya ditanggung oleh agensi di sana," katanya selepas majlis MoU antara Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (Apjati), PIKAP dan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) di sini, Isnin.

Menurut Raja Zulkepley, pengumuman kos itu bagaimanapun hanya akan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat.

MoU pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditandatangani pada 2011 menetapkan RM4,511 sebagai bayaran pengambilan pembantu rumah Indonesia oleh pihak majikan Malaysia.

Kos itu melibatkan sebanyak RM2,711 yang perlu ditanggung pihak majikan manakala RM1,800 sebagai bayaran pekerja yang didahulukan pihak majikan kepada agensi pekerjaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...