Thursday, September 3, 2009

Utara: Peminta sedekah warga asing makin mendesak

Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my

KANGAR: Kehadiran sekumpulan peminta sedekah dari Thailand di sekitar pekan ini sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kesangsian apatah lagi dengan lagak segelintir mereka yang terlalu mendesak ketika menagih ihsan orang ramai.

Kumpulan empat hingga lelaki Thai yang lengkap berbaju Melayu dan berkopiah itu disedari wujud di sekitar pekan ini sejak awal Ramadan lalu, sekali gus menimbulkan andaian kemungkinan mereka sengaja menggunakan sentimen bulan mulia ini untuk mengaut keuntungan daripada masyarakat Islam melalui ihsan sedekah.

Mereka yang bergerak secara berasingan itu bukan saja menggunakan nama Islam sebagai wadah, malah turut menjadikan masjid atau sekolah agama sebagai sandaran, selain anak yatim untuk menarik simpati orang ramai bagi menghulurkan sedekah atau derma ikhlas.

Difahamkan, kumpulan terbabit aktif beroperasi di sekitar bangunan pejabat dan kedai di beberapa jalan utama di pekan ini, termasuk menjadikan kaki lima di luar bank sebagai markas operasi.

Selain itu, ada juga yang bergerak di kawasan Bazar Ramadan yang terbukti menjadi tumpuan umat Islam.

Untuk mengelak operasi mereka dikesan, kumpulan terbabit akan beroperasi bagi tempoh yang singkat dalam lingkungan 30 minit, sebelum berpindah ke lokasi lain. Mereka kemudian akan kembali semula apabila keadaan reda.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan terbabit kemudian pantas melakukan siasatan sebelum mendapati golongan pemungut derma Thailand itu beroperasi tanpa kebenaran sah.

Pengarahnya, Abdullah Ali ketika dihubungi berkata aktiviti berkenaan bukan baru, malah berlaku setiap tahun terutama menjelang Aidilfitri.

Beliau berkata, pihaknya sebenarnya sudah menjangkakan kehadiran mereka, namun tahun ini kumpulan terbabit dikesan beroperasi lebih awal iaitu sebaik bermulanya Ramadan.

"Kebiasaannya mereka mendakwa mendapat kebenaran daripada JKM atau Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) untuk memungut derma bagi tujuan pembinaan masjid atau madrasah, selain untuk membantu anak yatim Islam di selatan Thailand.

"Bagaimanapun, apabila diminta menunjukkan surat kebenaran, mereka gagal berbuat demikian dan pelbagai alasan mula timbul sedangkan mereka tahu setiap pemungut derma perlu mempunyai surat akuan terbabit sebagai bukti," katanya.

Dalam operasi selama lebih sejam, baru-baru ini, sepasukan pegawai JKM menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di hadapan sebuah bank di Jalan Seruling, di sini, selepas dikesan memungut derma tanpa kebenaran sah.

Lelaki Thai itu mendakwa mempunyai surat kelulusan, bagaimanapun tidak membawanya dengan alasan ia dipegang seorang lagi rakan yang sedang memungut derma di hadapan sebuah bank lain di pusat bandar. Dia kemudian dibawa ke pejabat JKM untuk siasatan lanjut. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...