Thursday, September 3, 2009

PGM, D7 kerjasama tangani dagang manusia

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) akan menjalin kerjasama dengan Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas bagi menangani jenayah pemerdagangan manusia di perairan negara.

Komandernya, Datuk Isa Munir berkata, kerjasama tersebut penting untuk meningkatkan perkongsian maklumat risikan dan mengenal pasti sindiket tempatan dan antarabangsa yang bergiat aktif di negara ini.

"Kita memerlukan kepakaran daripada jabatan lain juga kerana sukar untuk membuktikan sindiket terbabit melakukan jenayah tersebut.

"Bagi mendakwa mereka di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007, polis perlu membuktikan mangsa diseludup untuk tujuan melacur dan menjadi buruh paksa, namun dalam kebanyakan kes mereka hanya dapat disabitkan kesalahan di bawah Akta Imigresen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena ulang tahun ke-62 penubuhan PGM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Mengenai perancangan PGM pada masa depan, Isa memberitahu, pihaknya merancang untuk memohon peruntukan daripada kerajaan bagi tujuan meningkatkan bilangan bot laju untuk rondaan.

Katanya, PGM memerlukan bot tersebut untuk pencegahan jenayah di kawasan perairan kerana jumlah bot sedia ada tidak mencukupi.

"Kita ingin lakukan perkara sama seperti kereta peronda polis yang kita lihat di jalan raya dan ini membolehkan PGM memantau keselamatan perairan secara menyeluruh," katanya.

Menurut Isa lagi, selain usaha itu, PGM juga akan menumpukan perhatian di kawasan pantai berpenduduk dan pulau peranginan tumpuan pelancong.

Jelas beliau, buat masa ini terdapat 10 buah balai polis pantai serta 21 pondok polis pantai di bawah kendalian PGM.

"Kekuatan balai dan pondok berkenaan akan dimantapkan lagi dengan penambahan anggota PGM dan kalau boleh ditempatkan juga dengan bot peronda.

"Turut dalam perancangan kami ialah mewujudkan perkhidmatan polis pelancong di pulau-pulau peranginan tumpuan seperti Pulau Langkawi, Pulau Sipadan dan Pulau Perhentian, bertindak sebagai penasihat dan memberi panduan kepada pelancong," ujar beliau. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...