Friday, September 4, 2009

Spiderman lintang pukang

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
jalal@bharian.com.my


ANGGOTA Rela memeriksa dokumen warga asing tanpa izin dalam serbuan Jalan Pudu Plaza awal pagi semalam.

Pendatang tanpa izin nekad panjat, meniti bumbung elak dicekup Rela

KUALA LUMPUR: Keberanian mereka tidaklah seperti ‘Spiderman’ warga Perancis, Alain Robert Philippe, namun kerana terdesak sekumpulan pendatang tanpa izin nekad memanjat atas bumbung bangunan dihuni untuk melarikan diri daripada dicekup pihak berkuasa yang menyerbu penempatan mereka di Jalan Pudu Plaza, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan ke ‘lubuk warga asing’ pada jam 12.30 pagi itu, pendatang itu yang kebanyakan nyenyak tidur, lari lintang pukang termasuk ada yang sanggup menggadai nyawa meniti atas bumbung deretan bangunan empat tingkat untuk melarikan diri ketika lebih 100 anggota Rela Wilayah Persekutuan melaksanakan Ops Tegas di situ.

Selain beberapa pendatang lari di cucur atap, ada juga sekumpulan 10 warga Myanmar yang naik ke bumbung untuk bersembunyi. Ada yang bersembunyi di atas siling.

Bagaimanapun, ibarat kata pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’, tindakan mereka itu berjaya dihidu pihak berkuasa lalu memberkas semuanya.

Tinjauan di lokasi itu mendapati kawasan terbabit ibarat ‘syurga pendatang’ kerana banyak bilik deretan bangunan empat tingkat itu disewakan kepada pendatang tanpa izin lelaki dan wanita dari Indonesia, Myanmar, China, Bangladesh, Nepal dan India.

ANGGOTA Rela memeriksa tangan seorang warga asing.

Seorang pendatang Nepal yang hanya memperkenalkan diri sebagai Bidur Aryal, 20, adalah antara ditahan di atas bumbung tetapi cuba menafikannya.

“Saya tak lari, saya tidur,” katanya apabila diajukan soalan mengapa dia lari.

Pengarah Rela Wilayah Persekutuan, Mohd Aminuddin Mohd Yusoff, berkata cubaan melarikan diri seperti itu adalah tindakan nekad dilakukan pendatang tanpa izin kerana mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Katanya, sepanjang operasi lebih sejam itu, pihaknya memeriksa kira-kira 500 pendatang tanpa izin dan hasil pemeriksaan mendapati 93 daripadanya, termasuk 18 wanita tidak mempunyai dokumen atau butiran dokumen ditunjukkan tiada dalam senarai Imigresen sebagai mereka yang memasuki negara ini secara sah.

“Serbuan dan pemeriksaan ini dibuat selepas kami menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan yang mendakwa mereka berasa tidak selamat termasuk diganggu pendatang tanpa izin yang berpeleseran tanpa memakai baju.

“Semua yang ditahan akan dibuat pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke depoh tahanan Imigresen,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Mohd Aminuddin berkata, operasi itu dibantu pegawai Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat pemeriksaan dokumen serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Dalam pada itu, seorang pendatang wanita Myanmar dikenali sebagai Tha Zin, 24, hanya mampu menangis ketika dibawa ke dalam trak selepas ditahan.

“Saya ada tunjukkan salinan dokumen dibekalkan ejen tetapi mereka (pihak berkuasa) kata tak ada rekod saya. Sebelum ini saya pernah kena periksa tetapi tak ada masalah,” katanya. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...