Friday, August 28, 2009

Warga Pakistan dicari bantu kes rogol, liwat


Khairi Ahrasa menunjukkan gambar suspek bagi membantu siasatan polis mengenai kes rogol dan liwat di IPK Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seorang lelaki warga Pakistan dicari bagi membantu siasatan kes rogol dan liwat yang berlaku, tiga tahun lalu.

Hazrat Umar, 29, kini sedang dicari dan lelaki ini pernah ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan liwat anak perempuan tirinya yang berusia 15 tahun pada tahun 2006.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Hazrat sepatutnya hadir di mahkamah pada 2 Julai 2007 namun gagal berbuat demikian setelah diikat jamin oleh seorang penjamin.

''Suspek telah ditahan polis sebelum ini dan sepatutnya menghadiri perbicaraan di mahkamah namun menghilangkan diri setelah diikat jamin oleh seorang penjamin.

''Kita kini sedang giat mencari warga Pakistan terbabit supaya kes itu dapat diselesaikan secepat mungkin,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri timbalan beliau, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.

Tambah Chin Wah, alamat terakhir Hazrat ialah di 58-2A, Jalan Thambi Dollah, Brickfields. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...