Sunday, August 23, 2009

35 pendatang asing ditahan


PEGAWAI-PEGAWAI imigresen memeriksa wanita pendatang asing tanpa izin semasa Ops Sapu di Kampung Usaha Jaya, Skudai Kiri, semalam.


JOHOR BAHRU 22 Ogos - Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Johor di kawasan Kampung Usaha Jaya, Skudai Kiri, di sini hari ini.

Dalam operasi bermula pukul 1 hingga 3 pagi itu, kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dan memiliki dokumen perjalanan palsu.

Kesemua mereka yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 itu adalah antara 160 warga asing yang diperiksa dalam operasi tersebut.

Timbalan Pengarah Imigresen Johor, Amran Ahmad berkata, kesemua ditahan merupakan warga Indonesia berusia antara dua dan 57 tahun.

"Seramai 11 lelaki, 13 wanita dan dua kanak-kanak lelaki ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Amran berkata, daripada jumlah yang ditahan itu, seorang lelaki dan tiga wanita disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (C) akta sama kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh.

Sementara itu, katanya, dua lelaki dan tiga wanita pula ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56 (1) (l) kerana disyaki memiliki dokumen perjalanan palsu.

"Kesemua PATI yang ditahan itu ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, pihaknya akan terus menggiatkan operasi dari semasa ke semasa bagi membersihkan negeri ini daripada PATI.

"Operasi ini tidak akan terhenti di sini sebaliknya kami akan terus meningkatkan risikan dan operasi bagi membasmi PATI di Johor," katanya lagi.

Operasi itu disertai seramai 174 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). - Utusan

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...