Thursday, August 13, 2009

Imigresen tumpas sindiket palsu dokumen

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen berjaya membongkar kegiatan sindiket pemalsuan dokumen perjalanan antarabangsa apabila menahan dua lelaki rakyat Afrika dalam serbuan di Pandan Indah, di sini malam tadi.

Serbuan di sebuah rumah kedai pada jam 11.45 malam itu turut menyaksikan pihak Imigresen merampas pelbagai peralatan memproses dokumen perjalanan palsu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Abang Othman Abang Mornie, berkata sindiket yang dipercayai terbesar di Lembah Klang itu telah beroperasi sejak enam bulan lepas.

"Kami terpaksa memecah masuk premis itu apabila penghuninya enggan memberikan kerjasama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada lelaki itu ditahan ketika bersembunyi dalam tandas bersama cop keselamatan palsu yang turut disorok dalam tandas itu manakala seorang lagi ditahan dalam sebuah bilik yang berkunci.

"Kedua-dua lelaki berusia 33 dan 35 tahun itu berasal dari Ghana dan Nigeria dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, Mereka kini direman selama 14 hari mulai hari ini," katanya.

Abang Othman berkata, antara barangan yang dirampas dalam operasi oleh 15 pegawai penguatkuasa jabatan itu ialah sebuah komputer, mesin cetak, dua unit komputer riba, sejumlah cop keselamatan palsu dan lima keping pelekat keselamatan Jabatan Imegresen Malaysia palsu.

Turut dirampas ialah 12 keping muka hadapan pasport pelbagai negara dan 30 keping pasport kerakyatan pelbagai negara antaranya Kenya, Australia, Amerika, Nigeria, Ghana, Pakistan dan Iran.

Beliau berkata, sindiket itu juga disyaki mengedarkan lesen senjata api palsu apabila pihaknya turut menemui tiga keping lesen senjata api itu.

"Kami akan merujuk lesen-lesen senjata api ini kepada Interpol untuk siasatan lanjut manakala semua pasport yang dirampas akan dihantar ke kedutaan negara masing-masing bagi memastikan ketulenannya.

"Kami juga percaya terdapat pembabitan warga tempatan dalam sindiket ini dan masih ada saki baki kumpulan ini. Kami akan siasat dari semua sudut dan memburu mereka," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati ketika serbuan, sindiket itu sedang menghasilkan pasport Malaysia palsu dengan penemuan imej pasport Malaysia di dalam komputer yang dirampas.

"Dalam komputer itu ada imej pasport Malaysia bersama gambar seorang perempuan warga asing yang beridentiti palsu. Wanita itu dipercayai berasal dari Filipina tetapi ditulis berasal dari Kepong," katanya. - Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...