Saturday, August 15, 2009

Hanya 931pekerja asing bayar levi

KOTA KINABALU 14 Ogos - Hanya 931 pekerja asing di negeri ini membayar levi berjumlah RM513,000 bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Baharon Talib berkata, walaupun tempoh masa bayaran telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober ini namun jumlah ini masih ditahap yang rendah.

"Imigresen sudah memberi kelonggaran dengan menawarkan diskaun 50 peratus kadar levi bagi setiap pekerja asing selain tempoh masa dipanjangkan tetapi angka yang mendaftar tidak begitu memuaskan.

"Oleh itu, kita berharap pekerja asing di negeri ini menggunakan peluang yang ada mendaftar sebelum tempoh yang diberikan tamat," katanya pada sidang akhbar sempena majlis ramah mesra bersama media di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Joniston Bangkuai.

Menurutnya, dianggarkan terdapat 312,000 pekerja asing berdaftar di negeri ini dan daripada jumlah itu hanya 175,000 membayar levi.

Beliau berkata, selepas tempoh diskaun tamat pada 31 Oktober ini, pekerja asing terlibat perlu membayar levi pada harga yang lebih tinggi.

Oleh itu, beliau menasihatkan majikan dan pekerja asing berkenaan memanfaatkan diskaun yang diberikan kerajaan.

Sementara itu, Baharom berkata, kaunter pendaftaran dan pembayaran Imigresen di seluruh negeri ini akan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad bagi memudahkan majikan dan pekerja melunaskan pembayaran levi mereka.

Katanya, kaunter tersebut dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang. - Utusan.

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...