Thursday, August 13, 2009

12 pondan warga asing dicekup


Pondan warga Thailand diberkas Unit Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Pahang dalam serbuan di kawasan hotel murah di Kuantan, awal pagi semalam.

KUANTAN 12 Ogos - Mereka tidak fasih berbahasa Melayu, namun masih mampu mencari pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Selepas bersetuju dengan tawar menawar harga, pelanggan akan dibawa ke bilik di hotel-hotel murah di sekitar Pasar Besar di sini.

Namun, kerana terlalu asyik melayan pelanggan, seramai 12 pondan warga Thailand tidak menyedari serbuan yang dijalankan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di sebuah hotel awal pagi ini.

Operasi selama sejam yang bermula pukul 12.30 tengah malam itu bertujuan membanteras warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk tujuan tidak bermoral seperti perniagaan seks.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pahang, Ismail Ali berkata, ketika serbuan dibuat, kebanyakan pondan yang berusia antara 21 hingga 35 tahun itu sedang sibuk melayan pelanggan masing-masing di bilik kecil di hotel murah berkenaan.

"Malah, terdapat juga di kalangan mereka yang masih sibuk tawar-menawar harga dengan pelanggan di lorong-lorong hotel berkenaan.

"Siasatan mendapati mereka semua memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial melalui pintu masuk di Rantau Panjang, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu hari ini.

Menurut Ismail, pihaknya juga terpaksa memecah pintu bilik hotel berkenaan untuk masuk ke dalam premis itu.

Katanya, pondan yang menjalankan kegiatan mereka di lorong-lorong kecil berhampiran kawasan pasar itu bertempiaran melarikan diri apabila melihat kehadiran pihak berkuasa, namun berjaya diberkas.

Dalam pada itu, kata beliau, operasi yang pertama kali diadakan ini melibatkan seramai 31 pegawai dan anggota. Pihaknya telah mengenal pasti tempat persembunyian mereka iaitu di sekitar Jalan Stadium di sini.

"Intipan dan risikan yang dijalankan selama seminggu mendapati, mereka menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat untuk mereka mendapatkan pelanggan dengan mudah. - Utusan.

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...