Wednesday, August 5, 2009

Rela NS berkas 2,629 pendatang asing

SEREMBAN 4 Ogos - Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Negeri Sembilan berjaya menahan seramai 2,629 pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar negeri ini sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengarah Rela negeri, Mejar (B) Shamsuddin Yussoff berkata, jumlah tersebut merupakan tangkapan yang dibuat ke atas pemeriksaan 15,103 individu yang diperiksa dalam tempoh berkenaan.

Katanya, bilangan tangkapan itu meliputi warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Vietnam, China dan India.

''Berdasarkan statistik tangkapan, warga Indonesia mencatatkan peratusan tertinggi tangkapan iaitu sebanyak 85 peratus berbanding warganegara lain.

''Kebanyakan mereka (PATI) yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negeri ini selain memiliki pas lawatan yang sudah tamat tempoh," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, semua PATI yang ditahan ditempatkan di pusat tahanan di Lenggeng di sini sebelum tindakan selanjutnya.

''Mereka yang ditahan akan diuruskan oleh Jabatan Imigresen bagi dikenakan tindakan bergantung kepada kesalahan mereka," ujar beliau.

Jelas Shamsuddin, berdasarkan tangkapan yang dibuat, didapati kebanyakan PATI lebih bertumpu serta memilih lokasi yang boleh menjana pendapatan.

''Berdasarkan kaji selidik, mereka ini akan bertumpu pada kawasan yang mampu menjana ekonomi seperti kawasan perindustrian, perladangan dan pembinaan.

''Setakat ini, banyak tangkapan yang dibuat di bandar Seremban dan Nilai," ujar beliau. - Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...