Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Agensi pembantu rumah Bumiputera dijangka ‘gulung tikar’ jika perbincangan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia mengenai pemansuhan pembekuan kemasukan pembantu rumah negara jiran itu ke negara ini lambat diselesaikan.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa), Datuk Raja Zulkepley Dahalan (gambar), berkata sebelum ini, kedua-dua pihak bersetuju mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bulan lalu, tetapi tidak menjadi kenyataan menyebabkan hingga kini, pembekuan itu masih dilaksanakan.
“Apabila tiada kata sepakat dicapai, kita tidak dapat membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia dan apabila ini berlaku, agensi pembantu rumah Bumiputera yang kebanyakannya bergantung kepada sumber dari Indonesia, terjejas teruk.
“Berikutan itu, kita meminta supaya perbincangan ini diadakan segera bagi mengelak kesan buruk ke atas industri pembantu rumah di negara ini,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Erman Suparno, dilaporkan sebagai berkata keputusan pembekuan itu dibuat berikutan banyak aduan pekerja didera majikan di negara ini dan arahan itu tidak kekal hingga Malaysia menjamin keselamatan pembantu rumah Indonesia.
Berikutan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, dilaporkan berkata kedua-duanya akan mengkaji semula MoU mengenai tenaga kerja yang ditandatangani pada Mei 2006 oleh kedua-dua pihak.
Zulkepley berkata, selagi masalah itu tidak diselesaikan, khidmat pembantu rumah dari Indonesia tidak boleh dibawa masuk ke negara ini.
“Jika perbincangan itu diadakan bulan ini atau bulan depan, khidmat mereka (pembantu rumah) dijangka hanya boleh digunakan selepas Aidilfitri kerana mereka selalunya tidak mahu datang bekerja di sini pada musim perayaan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya bimbang sekiranya pembekuan itu terus dikuatkuasakan, pembantu rumah dari negara jiran akan memasuki negara ini secara haram.
“Jika ini berlaku, ia menimbulkan masalah besar terhadap pembantu rumah itu sendiri yang berdepan kemungkinan tidak dibayar gaji, penderaan dan gangguan seksual,” katanya. - Harian Metro.
ENGLISH : 'Don't use agents to hire foreigners'
- Socso On Registration Drive
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA
(2)
6P
(15)
Afghanistan
(2)
Ampang Jaya
(1)
apjati
(1)
APMM
(2)
ATM
(1)
Bangladesh
(4)
BEAM
(3)
Bebas-PATI
(1)
biometrik cap jari
(1)
Bot Karam
(1)
Bukit Kayu Hitam
(1)
China
(1)
CLAB
(1)
Dadah
(2)
DANGEROUS
(1)
DIFFICULT
(1)
DIRTY
(1)
Filipina
(1)
GRO Asia Barat
(1)
GRO Warga Asing
(3)
Hishammuddin
(1)
i-kad
(1)
Imigresen
(6)
IMIGRESEN JOHOR
(1)
INDIA
(1)
Indoneisa
(2)
Indonesia
(7)
izat emir
(1)
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
(3)
KDN
(26)
Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh
(1)
kEMENTERIAN DALAM NEGERI
(2)
Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee
(1)
KSU
(1)
KUANTAN
(1)
Langkawi
(1)
LEVI
(1)
Lombok Agreement
(1)
MAJIKAN
(1)
malaysia
(4)
MAPO
(1)
MBAM
(1)
Myanmar
(3)
najib tun razak
(4)
Nepal
(1)
Nigeria
(1)
Operasi
(1)
OSC
(1)
papa
(1)
PATI
(30)
PBT
(1)
PDRM
(1)
Pekerja Asing
(12)
Pekerja Asing Indonesia
(1)
Pelacur
(1)
Pelajar Asing
(2)
Pemalsuan Pasport
(1)
Pembantu Rumah
(9)
Pembantu Rumah Tangga
(1)
Pemerdagangan Manusia
(4)
Penduduk Tetap
(1)
Pengawal Keselamatan
(1)
Pengemis Warga Asing
(1)
perdanasama
(1)
PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA
(3)
pikap
(1)
presiden susilo
(1)
PRT
(2)
raja zulkepley dahalan
(1)
Rela
(1)
Sedili Besar
(1)
Shahrizat Jali
(1)
SPA
(1)
SPRM
(1)
Sri Lanka
(1)
Stesyen minyak
(1)
susilo
(2)
Susilo Bambang Yudhoyono
(1)
Tan Sri Mahmood Adam
(3)
Teluk Semayong
(1)
Thailand
(1)
TKI
(3)
Vietnam
(1)
VISA Pelajar
(1)
Warga Asing
(5)
Warga Asing - Dadah
(1)
Warga Asing Meninggal
(1)
Warga Indonesia
(1)
ZAHID HAMIDI
(2)
ZUL AZHAR B CHA
(3)
No comments:
Post a Comment