Tuesday, March 2, 2010

Tulang Belakang Muntik Patah Kira-kira Dua Minggu Sebelum Kematiannya - Saksi

SHAH ALAM, 2 Mac (Bernama) -- Seorang pakar forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasaa bahawa tulang belakang pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani yang meninggal dunia kerana didera, dipercayai patah kira-kira dua minggu sebelum kematiannya.

Dr Mohd Suhani Mohd Noor, 43, yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, berkata maklumat itu diperoleh hasil daripada kajian histopatologi (kajian terhadap tisu berpenyakit) yang dijalankan olehnya ke atas spesimen tisu dan tulang milik mangsa.

"Berdasarkan kajian itu, bahagian tulang belakang yang patah menunjukkan tanda penyembuhan yang telah bermula. Usia patah itu mungkin lebih daripada seminggu hingga dua minggu.

"Tiada tanda kerapuhan tulang yang kelihatan yang mungkin boleh mengakibatkan tulang mudah patah," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani pada perbicaraan kes penjual air tebu, A.Murugan yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Murugan, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 26 Okt lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan.

Saksi ke-46 pendakwaan itu berkata hasil kajian yang dilakukannya juga mendapati sampel tisu kulit Muntik menunjukkan kesan lebam yang berusia beberapa hari dan kemungkinan dihasilkan pada masa yang berbeza.

"Bagi kajian ke atas tisu jantung mangsa pula, saya tidak menemui tanda bahawa mangsa pernah alami serangan jantung.

"Hasil pemeriksaan histologi (kajian terhadap sel-sel tisu) menunjukkan bahawa si mati (Muntik) mungkin mengalami septik (jangkitan kuman). Bagaimanapun punca kematian tidak boleh disimpulkan daripada pemeriksaan histologi sahaja tanpa menghubung kait dengan apa yang dilihat ketika pemeriksaan bedah siasat serta keputusan lain-lain siasatan makmal," katanya.

Idham: Jika Muntik menemui kematian tanpa wujudnya kecederaan-kecederaan iaitu kecederaan tulang belakang akibat trauma benda tumpul dengan jangkitan kuman akibat ulser kaki kanan, apakah kesimpulan yang boleh Dr berikan?

Dr Mohd Suhani: Kematian mengejut boleh berlaku walaupun tiada serangan jantung yang kelihatan ketika bedah siasat kerana penyumbatan salur darah jantung yang teruk boleh mencetus degupan jantung yang tidak teratur yang terus membawa kepada kematian.

Kepada soalan Idham mengenai perbezaan antara kajian histologi dan histopatologi, Dr Mohd Suhani berkata secara amnya istilah histologi merujuk kepada kajian tisu di peringkat sel manakala istilah histopatologi lebih khusus iaitu penambahan kajian ke atas tisu yang tidak normal di peringkat sel.

"Namun demikian, dalam penggunaan harian kedua-dua istilah itu tidak membawa apa-apa makna yang bercanggah jika salah satu digunakan. Analisa menggunakan kedua-dua kajian itu akan membawa kepada penemuan yang sama," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...