Tuesday, March 2, 2010

Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Diumum Akhir Mac - Subramaniam

SHAH ALAM, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan untuk pengawal keselamatan pada akhir bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Selasa.

Beliau berkata langkah itu akan memastikan pengawal keselamatan memperolehi pendapatan bulanan yang sesuai dan mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan.

"Kita belum membuat keputusan mengenai gaji minimum untuk pekerja secara menyeluruh, tetapi kita melihatnya mengikut sektor. Kita akan mengumumkan gaji minimum untuk sektor keselamatan yang merangkumi pengawal keselamatan menjelang akhir Mac ini.


"Kajian mengenai gaji minimum untuk mereka di sektor hospitaliti, tekstil dan elektronik masih berjalan dan pengumuman akan dibuat selaras dengan masa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada peserta yang menamatkan program 'Train and Place' di bawah kementeriannya di sini.

Secara purata, pengawal keselamatan di sektor swasta sekitar Lembah Klang memperolehi gaji pokok RM450 sebulan, manakala mereka yang berada di kawasan luar bandar pula menerima sekitar RM250.

Subramaniam berkata gaji pekerja sepatutnya meningkat apabila tahap kemahiran dan prestasi mereka meningkat.

"Kalau pengeluaran bertambah maka gaji juga patut diberi mengikut prestasinya. Sekiranya itu tidak berlaku maka barulah kerajaan campur tangan bagi menetapkan gaji minimum kerana terdapat pelbagai pandangan berbeza mengenai perkara ini," katanya.

Dalam satu isu berkaitan, Subramaniam berkata kementeriannya dengan kerjasama institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta pusat latihan swasta dijangka mampu melatih sehingga 150,000 pekerja dalam masa dua tahun lagi.

"Pada masa ini kita mampu melatih 100,000 orang setiap tahun," katanya menambah bahawa kementerian itu juga akan meningkatkan program Sistem Latihan Dual Nasional untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian.

Perubahan itu katanya akan membolehkan pekerja dilatih dalam bidang-bidang baru seperti teknologi hijau, bioteknologi dan sektor perkhidmatan.

"Ini akan mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing dan merealisasikan usaha kerajaan untuk menukar industri berasaskan buruh kepada industri berasaskan kemahiran. Cadangan ini akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya. --BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...