Monday, March 22, 2010

RM10,000 lesap dilarikan empat lelaki warga asing

SHAH ALAM – Sekeluarga berputih mata setelah empat lelaki dipercayai warga asing memecah masuk rumah mereka dan melarikan wang tunai bernilai RM 10,000 serta beberapa barang berharga lain dalam kejadian di Kampung Kelanang, Banting, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, semua anggota keluarga berkenaan dikatakan sedang tidur ketika semua suspek memasuki kediaman mereka melalui pintu bahagian belakang rumah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak berkata, keempat-empat suspek menggunakan baju sebagai penutup muka bagi mengelakkan daripada dikenali dan salah seorang daripada mereka dikatakan turut menggunakan parang.

Menurutnya, suspek dipercayai menendang pintu untuk masuk ke dalam rumah terbabit sebelum berjaya mengumpulkan semua ahli keluarga berkenaan di bilik utama dengan pengikat mereka. “11 anggota keluarga berkenaan berusia dalam lingkungan 15 hingga 70 tahun hanya mampu melihat suspek mengeledah kediaman mereka.

“Suspek hanya mengambil masa 20 minit untuk mengeledah sebelum melarikan wang tunai RM10,000 yang dijumpai dalam almari di bilik tidur utama, serta turut melarikan telefon bimbit dan barang kemas,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamad Radzi berkata, kesemua suspek dipercayai berusia di dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun melarikan diri melalui ladang kelapa sawit yang terletak di belakang rumah mangsa. :“Mangsa membuat laporan polis pada jam 4.30 pagi, dananggaran kerugian dalam kejadian berkenaan berjumlah RM12,000.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian ini di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun secara berkumpulan dan bersenjata,” katanya. - Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...