Tuesday, March 23, 2010

Kenyataan Akhbar PATREE berhubung isu ‘Rakyat India terkandas mahu ejen dihukum'


PATREE merasa terpanggil dan ingin menawarkan bantuan untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini. 

Kes seumpama ini memang serius kerana ia boleh menjejaskan nama baik Malaysia serta berkemungkinan mengeruhkan hubungan 2 hala Malaysia-Negara Asal Pekerja Asing.

Ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini, ramai Pekerja Asing Warga Bangladesh yang juga mendakwa ditipu oleh Agensi Pekerjaan.

Pengwujudan ‘makmal’ yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan PATI, pastinya dengan hasrat agar kes-kes seperti ini tidak berlaku lagi.

Untuk tujuan itu, saya telah mengadakan pertemuan dengan mereka (Warga India) ini pada Sabtu 20 Mac 2010 yang lalu dan mendapati bahawa mereka ini memasuki Malaysia menggunakan ‘Visa On Arrival’ (VOA) kerana ditawarkan kerja di beberapa Syarikat di Malaysia.

Majoriti mereka berasal dari Punjabi dan Uttar Pradesh India.


PATREE akan bekerjasama dengan Agensi Kerajaan yang berkaitan untuk menjejaki Agen yang terlibat kerana terdapat beberapa dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti bagi tujuan tersebut.

Ketika ini PATREE masih di peringkat mengumpulkan dokumen untuk dijadikan bukti seterusnya melaporkan kes ini kepada Pihak yang berkuasa untuk siasatan dan tindakan.

Kerjasama PATREE dan Agensi berkaitan demi menyahut dan memastikan agar Program Transformasi Kerajaan terutama yang melibatkan Pekerja Asing & PATI dapat dilaksanakan sebaiknya serta berkesan.

PATREE juga berharap agar tidak akan ada lagi kes-kes seumpama ini selepas ini demi memastikan 1MALAYSIA Bebas-PATI.

Semasa pertemuan, adalah difahamkan bahawa 2 Syarikat tempatan digunakan (mungkin digunakan tanpa kebenaran) untuk menawarkan kerja kepada mereka.

Pembiayaan yang terlalu besar (dari RM10,900 hingga RM21,800), telah menyebabkan sebahagian besar dari mereka ini terpaksa berhutang dan menjual harta bagi membolehkan mereka datang dan bekerja di sini.

Mereka dijanjikan dengan segala janji manis seperti gaji yang besar sebesar RM2000.00 sebulan.

Mengikut maklumat, beberapa orang dari mereka telah pulang ke India dengan pembiayaan sendiri manakala masih ramai lagi yang menunggu ‘pembelaan’ untuk mendapat semula HAK mereka yakni Pekerjaan seperti yang dijanjikan.

Dokumen peribadi mereka seperti passport dipegang oleh Agen yang bertanggungjawab mendapatkan pekerjaan. Ini menyukarkan mereka untuk bergerak apalagi untuk bekerja kerana ianya jelas bersalahan dengan Akta Imigresen yang ada.

Untuk mereka pulang ke negara mereka ketika ini, seumpama ‘pulang untuk mati’ kerana bebanan hutang yang amat besar.

Atas dasar kemanusian, PATREE berpendapat bahawa mereka ini wajar diberikan ‘peluang kedua’ untuk bekerja di Malaysia.

Bagi tujuan ini, PATREE dan Wakil ‘kumpulan’, Encik Sampuran Singh yang juga Setiausaha Persatuan Persemadian Sikh Hindu Jalan Lok Yew, akan memohon untuk bertemu YB Menteri Dalam Negeri bagi menyelesaikan masalah ini.

Pesanan kepada Warga Asing yang ingin bekerja di Malaysia, agar tidak mudah menerima ‘janji manis’ dan ketahuilah bahawa pasaran/tawaran kerja semasa di Malaysia (bagi pekerja tidak mahir), tidak menawarkan gaji yang besar seperti yang dijanjikan oleh Agensi Pekerjaan yang terbabit.

Untuk memastikan 1MALAYSIA Bebas-PATI, penipuan dan penindasan Majikan-Pekerja Asing atau sebaliknya, laporkan kepada PATREE dengan menghantar sms ke 012-7777548 atau email ke patreemalaysia@yahoo.com.

Sekian. Terima kasih.



PATREE Malaysia
‘1MALAYSIA Bebas-PATI’

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...