Wednesday, January 11, 2012

APMM Tumpas Cubaan Seludup Keluar 15 Warga Afghanistan

ALOR GAJAH, 11 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 15 warga Afghanistan ke Indonesia di Perairan Lukut, Negeri Sembilan, malam tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kuala Linggi, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata kesemua mereka yang berusia antara 23 dan 69 tahun itu ditahan pada 10.15 malam selepas bot APMM memintas sebuah bot pancung yang mencurigakan.

Bot pancung itu dikemudi seorang tekong dan dua awak-awak warganegara Indonesia berusia antara 19 dan 48 tahun, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati tekong dan dua awak-awak bot pancung tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menyeludup warga Afghanistan terbabit keluar tanpa melalui jalan yang sah," katanya.

Katanya dalam operasi itu APMM turut merampas pelbagai matawang asing termasuk Dolar, Rupiah, Riyal, Dinar dan Euro berjumlah RM63,000.

Siasatan awal mendapati warga Afghanistan terbabit dikenakan bayaran berjumlah antara US$2,000 hingga US$3,000 untuk ke Dumai, Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Australia.

Beliau bagaimanapun berkata warga Afghanistan berkenaan masuk ke negara ini secara sah pada 7 Jan lepas melalui pengangkutan darat dari Thailand. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...