Wednesday, January 11, 2012

APMM Tawau Tahan 50 Pendatang Beserta Barangan Kawalan Di Pulau Larapan, Semporna

TAWAU, 11 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin dan merampas barangan kawalan dalam operasi agensi itu di Pulau Larapan, Semporna.

Menurut kenyataan APMM Tawau di sini pada Rabu, kesemua pendatang itu ditahan hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot jenis Kumpit yang dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran kira-kira jam 9.55 malam, Isnin lepas.

Semasa pemeriksaan dilakukan, vesel tersebut dipercayai dalam perjalanan menuju ke Filipina dengan membawa 47 penumpang dan tiga awak-awak bot yang disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta seorang pemilik bot warganegara Malaysia yang hanya menunjukkan lesen memandu sebagai dokumen rasmi.

Kenyataan itu menyebut bot Kumpit itu juga didapati tidak digazetkan sebagai bot penumpang seperti dikehendaki mengikut undang-undang Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).

Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan membawa kepada penemuan 30 tong minyak diesel dengan setiap tong mengandungi 30 liter yang cuba diseludup keluar dari negara ini.

"Juragan bersama awak-awak dan semua penumpang ditahan kerana masing-masing disyaki telah menyalahgunakan lesen, melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961. Kesemua penumpang dan bot telah dibawa ke Tawau untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," kata kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...