Tuesday, September 8, 2009

Kebanjiran warga Afrika membimbangkan

SAYA bukanlah orang pertama yang menulis kepada pihak akhbar bagi memaklumkan mengenai masalah ini. Malah, saya jangkakan selepas tulisan saya ini juga, akan ada surat yang akan menyusul dan menyentuh masalah yang sama - kebanjiran pendatang asing warga Afrika di negara ini.

Sebagai salah seorang penduduk Malaysia yang sudah pastinya berbangga dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 negara baru-baru ini, saya berasa terpanggil untuk sama-sama berkongsi kebimbangan saya jika masalah ini masih terus berlaku.

Apa yang menimbulkan kebimbangan saya ialah kehadiran warga Afrika di beberapa kawasan di sekitar ibu negara, khususnya di kawasan Taman Prima Kepong.

Kemunculan warga Afrika ini telah mencetuskan rasa tidak selamat di kalangan penduduk di sekitar tempat saya.

Tanyalah kepada mana-mana penduduk di sekitar kawasan ini, malah di beberapa lagi lokasi lain di seluruh ibu negara - seperti Pandan Indah, Ampang, dan tidak lupa juga di Bandar Baru Nilai.

Kesemua kawasan penempatan tersebut (termasuk Taman Prima Kepong) dipenuhi warga Afrika. Kehadiran mereka ini membimbangkan kami. Rakyat sudah berasa tidak selamat.

Sebut sahaja masalah yang ditimbulkan golongan ini. Selain membuat bising, mereka juga suka mengganggu anak-anak gadis di kawasan perumahan.

Pantang ada saja peluang yang terbuka, mereka akan ‘bertindak’ terhadap masyarakat di negara ini. Tidak cukupkah kita disajikan dengan kegiatan warga Afrika menjadikan wanita tempatan sebagai alat untuk menyeludup dadah ke luar negara.

Saya utarakan perkara ini kerana bimbang akan berlaku lebih banyak fenomena sosial melibatkan rakyat negara ini. Kebimbangan ini berasaskan kepada lebih 30 kes gadis tempatan diperdaya dan dipergunakan oleh warga asing untuk melakukan aktiviti jenayah, di dalam dan luar negara. Ratusan kes lagi melibatkan jenayah perdagangan oleh warga asing ini.

Banyak lagi jenayah lain melibatkan warga Afrika ini, menggunakan gadis tempatan sebagai umpan dan perantara mereka.

Pelbagai janji manis ditabur sehingga ramailah gadis tempatan terperangkap dan akhirnya dilibatkan sama dalam aktiviti jenayah mereka.

Mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya tidak membawa apa-apa keuntungan kepada industri pelancongan negara, sebaliknya akan membawa pulang hasil kegiatan jenayah mereka di sini pada jumlah yang jauh lebih besar.

Rata-rata warga Afrika ini memasuki negara ini menggunakan pas lawatan pelajar, kononnya untuk menuntut ilmu di kolej, tetapi disebabkan mereka ini bukannya terlalu cemerlang dalam pelajaran, lebih banyak masa dihabiskan di luar, melakukan kegiatan tidak bermoral.

Selain itu, mereka juga menyalahgunakan pas lawatan pelajar ini walaupun tempoh mereka sudah tamat.

Satu lagi masalah yang sering dibawa oleh golongan Afrika ini ialah mereka menakut-nakutkan para peniaga. Saya beri contoh, dua lelaki Afrika ini akan makan di sebuah kedai, tiba-tiba sahaja mereka berlakon seolah-olah bergaduh dan salah seorang daripada mereka akan melarikan diri.

Rakannya yang konon ingin membalas dendam mengejar lawannya itu meninggalkan kedai tanpa membayar makanan. Inilah yang sering dilakukan mereka dan sikap ini menyebabkan peniaga takut apabila dihampiri pelanggan Afrika.

Apa pun jua senarionya, anggota masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kerajaan dalam membantu pihak penguatkuasaan undang-undang seperti polis dan Jabatan Imigresen mengesan pergerakan dan kegiatan mereka.

Jika dibiarkan berlarutan, kita bimbang akan kesannya ke atas institusi keluarga negara. Lagipun apalah ertinya kita mencari keuntungan dari poket warga asing kalau maruah bangsa turut tergadai.

Kepong" - Utusan

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...