Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
SEORANG banduan terharu memeluk Hishammuddin pada penyerahan wang zakat fitrah di Penjara Kajang, semalam. |
Penjara esak, sukar tampung 40,000 pesalah
KAJANG: Lebih separuh iaitu 53 peratus atau 8,000 daripada keseluruhan 15,000 banduan warga asing di penjara di seluruh negara adalah rakyat Indonesia.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kebanjiran banduan warga asing menyebabkan penjara seluruh negara sesak sehingga tidak mampu menampung kira-kira 40,000 banduan.
Pada majlis itu, Hishammuddin menerima wang zakat fitrah RM1,099 yang dibayar 74 banduan dan menyerahkannya kepada Ketua Operasi Pusat Urus Zakat Selangor, Sharifudin Musa.
Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin berkata, program pertukaran banduan dengan negara jiran bagi mengatasi kesesakan penjara negara khasnya dengan Indonesia tetap diteruskan, namun beberapa isu yang wujud kebelakangan ini menyukarkan usaha ke arah itu.
Sementara itu, beliau mengingatkan rakyat tidak mengikut emosi sehingga hilang pertimbangan dengan melakukan kesalahan yang boleh membawa ke penjara.
Beliau berkata, rakyat Malaysia kini berhadapan situasi sukar mengawal emosi sehingga membangkitkan isu perkauman dan keagamaan yang boleh menggugat kesejahteraan negara.
Terdahulu, Hishammuddin berkata, beliau amat terharu melihat komitmen ditunjukkan banduan kerana tidak melupakan tanggungjawab menunaikan Rukun Islam walaupun menjalani hukuman dalam penjara.
"Saya harap elemen agama dijadikan aspek penting bagi memulihkan banduan," katanya yang turut meletakkan aspek pemulihan dan kemahiran banduan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan Penjara. - Berita Harian
No comments:
Post a Comment