Wednesday, August 19, 2009

2,336 majikan gagal carum Perkeso

TEMERLOH 18 Ogos - Seramai 2,336 majikan di empat daerah di negeri ini dikesan masih gagal mencarum pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengurus Perkeso Cawangan Temerloh, Rosmasita Mohamed berkata, kesemua majikan terbabit dikesan beroperasi di Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh.

Melalui 'Operasi Kesan' yang dijalankan pada masa ini, kata beliau, pihaknya turut mengesan peniaga dan majikan baru untuk menggalakkan mereka mendaftar serta mencarumkan pekerja ke dalam Perkeso.

''Operasi ini telah bermula sejak 1 Ogos lalu di seluruh negara dan bagi cawangan Temerloh ia melibatkan daerah Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh.

''Sehingga kini terdapat 7,036 peniaga, pengilang atau majikan membabitkan 110,842 pekerja di empat daerah tersebut.

''Daripada jumlah itu, hanya 4,700 majikan aktif mencarum untuk pekerja mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menjalankan 'Operasi Kesan' di sini hari ini.

Menurut Rosmasita, operasi itu bertujuan memberikan kesedaran kepada majikan untuk mencarum dengan Perkeso supaya pekerja mereka sentiasa dilindungi dan mendapat pembelaan jika mengalami bencana semasa bekerja.

Katanya, setiap majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja diwajibkan mendaftar dan membayar caruman dengan Perkeso mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969.

Tegasnya, majikan yang gagal atau lewat mendaftar serta membayar caruman boleh didakwa mengikut akta tersebut.

Dalam perkembangan lain, Rosmarita memberitahu, pihaknya telah membayar RM1.2 juta kepada pekerja hilang upaya sementara waktu (HUSP), hilang upaya kekal (HUP), faedah orang tanggungan (FOT), pencen ilat dan pencen penakat.

''Semua bayaran itu dikeluarkan sejak 1 Januari sehingga 30 Jun tahun ini membabitkan pekerja yang ditimpa bencana dan layak mendapat bayaran perlindungan daripada Perkeso," katanya. - Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...