Wednesday, August 19, 2009

'900,000 new jobs by 2025 achievable'

KOTA KINABALU: The Sabah government is optimistic the target of creating 900,000 jobs by 2025 envisaged under the Sabah Development Corridor's (SDC) master plan can be met.

Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Aman said there would be numerous job opportunities when all the development initiatives under the SDC were fully implemented.

Launched in January last year, the SDC's main focus is to optimise the development of Sabah's tourism, agriculture and manufacturing sectors.

Musa noted that efforts to fully tap Sabah's tourism potential had already made significant headway with the construction of several new hotels.

"The SDC provides many opportunities for us to strengthen tourism using our natural treasures -- the islands, tropical rainforests and wildlife," he said at the opening of Cititel Express.

He said the new hotel is proof of investors' confidence in the state's economy, and it had, in a small way, contributed towards reaching the goal of 900,000 new jobs in the state.

The opening of the 275-room hotel managed by Cititel Hotel Management, he said, was timely as tourist arrivals to the state had been steadily rising over the years. - NST.

Papa nafi agensi 'tipu' kos amah

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) menafikan agensi pembantu rumah memanipulasi urusan pengambilan pekerja hingga menyebabkan kos mendapatkan khidmat pembantu rumah meningkat.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata caj yang dikenakan agensi mengikut ketetapan dan syarat yang ditetapkan negara sumber.

“Jika dikira daripada RM8,000 yang dikenakan kepada majikan dan selepas ditolak pendahuluan RM3,600 untuk membawa masuk pembantu rumah, majikan hanya membayar RM4,400.

“Daripada jumlah itu, setiap agensi hanya memperoleh untung kasar RM600 untuk setiap pembantu rumah asing,” katanya merujuk kepada caj yang dikenakan 160 agensi yang menganggotai Papa.

Raja Zulkepley berkata, jika beberapa tahun lalu, Indonesia mengenakan yuran RM3,500 untuk setiap pembantu rumah, ia kini meningkat kepada RM5,000 dan agensi menanggung kerugian jika pembantu rumah melarikan diri atau laporan perubatan ditolak. - Berita Harian.

2,336 majikan gagal carum Perkeso

TEMERLOH 18 Ogos - Seramai 2,336 majikan di empat daerah di negeri ini dikesan masih gagal mencarum pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengurus Perkeso Cawangan Temerloh, Rosmasita Mohamed berkata, kesemua majikan terbabit dikesan beroperasi di Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh.

Melalui 'Operasi Kesan' yang dijalankan pada masa ini, kata beliau, pihaknya turut mengesan peniaga dan majikan baru untuk menggalakkan mereka mendaftar serta mencarumkan pekerja ke dalam Perkeso.

''Operasi ini telah bermula sejak 1 Ogos lalu di seluruh negara dan bagi cawangan Temerloh ia melibatkan daerah Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh.

''Sehingga kini terdapat 7,036 peniaga, pengilang atau majikan membabitkan 110,842 pekerja di empat daerah tersebut.

''Daripada jumlah itu, hanya 4,700 majikan aktif mencarum untuk pekerja mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menjalankan 'Operasi Kesan' di sini hari ini.

Menurut Rosmasita, operasi itu bertujuan memberikan kesedaran kepada majikan untuk mencarum dengan Perkeso supaya pekerja mereka sentiasa dilindungi dan mendapat pembelaan jika mengalami bencana semasa bekerja.

Katanya, setiap majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja diwajibkan mendaftar dan membayar caruman dengan Perkeso mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969.

Tegasnya, majikan yang gagal atau lewat mendaftar serta membayar caruman boleh didakwa mengikut akta tersebut.

Dalam perkembangan lain, Rosmarita memberitahu, pihaknya telah membayar RM1.2 juta kepada pekerja hilang upaya sementara waktu (HUSP), hilang upaya kekal (HUP), faedah orang tanggungan (FOT), pencen ilat dan pencen penakat.

''Semua bayaran itu dikeluarkan sejak 1 Januari sehingga 30 Jun tahun ini membabitkan pekerja yang ditimpa bencana dan layak mendapat bayaran perlindungan daripada Perkeso," katanya. - Utusan Malaysia.

Akta Kerja 1955 akan dikaji semula

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kerajaan akan mengkaji semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan tempoh persaraan yang sama bagi pekerja lelaki dan wanita dalam sektor swasta seperti mana amalan perkhidmatan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian semula itu perlu memandangkan ada syarikat yang mewajibkan pekerja wanita mereka bersara pada umur lebih rendah berbanding lelaki.

Katanya, dalam sektor awam, umur persaraan bagi semua kakitangan sama ada di peringkat bawah atau atas tidak kira lelaki atau wanita ialah 58 tahun.

"Kita mahu swasta mengikut amalan dalam sektor awam yang mana tiada diskriminasi dalam menentukan usia persaraan pekerja. Mereka boleh bekerja sehingga umur 58 tahun tanpa mengira jantina," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan dalam sesi dialog sempena Sidang Kemuncak Wanita 2009 di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Faizah Mohd. Tahir.

Salah seorang peserta sidang itu mempersoalkan mengenai terdapat syarikat yang memaksa pekerja wanita bersara pada usia 50 tahun sedang pekerja lelaki 55 tahun.

Muhyiddin berkata, sepatutnya isu itu tidak timbul kerana pada usia 50 tahun pekerja wanita masih produktif dan mampu bekerja dengan baik.

"Kerajaan akan mengambil serius tentang perkara ini kerana jelas ia merupakan satu tindakan diskriminasi terhadap golongan wanita," katanya.

Shahrizat ketika mengulas isu itu mengakui menerima aduan bahawa terdapat syarikat yang bertindak sedemikian sehingga pekerja wanita terbabit merasa teraniaya.

"Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal seperti ini kerana kita tidak mahu wujud amalan diskriminasi terhadap golongan wanita dalam bidang pekerjaan.

"Sudah tiba masanya kerajaan ambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi isu tersebut," ujarnya.

Terdahulu dalam ucaptamanya, Muhyiddin menggalakkan wanita meneroka bidang baru khususnya berkaitan teknologi seperti teknologi hijau serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Mereka juga digalakkan meneroka bidang yang masih belum dikuasai sepenuhnya seperti eko-pelancongan.

"Bidang-bidang ini sebenarnya mempunyai potensi yang amat besar untuk dimajukan," katanya.

Beliau turut meminta kepada syarikat milik kerajaan (GLC) dan sektor swasta memberi lebih banyak tempat kepada wanita memegang jawatan penting sehingga ke peringkat pembuat keputusan.

Menurutnya, saranan itu berikutan jumlah golongan wanita yang memegang jawatan penting dalam GLC dan syarikat masih rendah.

"Pada asasnya kerajaan menyasarkan 30 peratus wanita diberi peluang memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan ini juga perlu dipraktikkan di dalam sektor swasta.

"Ketika ini jumlah wanita memegang jawatan penting dalam GLC ialah 12 peratus manakala jumlah yang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat tidak banyak iaitu sekitar 6.1 peratus pada tahun lalu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat peningkatan jumlah wanita yang memegang jawatan pengarah urusan sehingga ketua pegawai eksekutif syarikat iaitu daripada 13.5 peratus pada 2004 kepada 26.2 peratus pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, wanita sama hebatnya dengan lelaki dalam apa juga bidang kerana yang paling penting adalah kesungguhan.

Kata Timbalan Perdana Menteri, Islam sendiri tidak pernah membezakan antara lelaki dan wanita dan mereka wajib menunaikan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya jika mahu balasan yang baik daripada Allah. - Utusan Malaysia.

Manipulasi ejen punca kos pembantu rumah tinggi - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kewujudan manipulasi di kalangan ejen telah menyebabkan kos mendapatkan pembantu rumah asing di Malaysia semakin tinggi dan membebankan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak akan dibiarkan kerana ia mengakibatkan rakyat dibebani dengan bayaran yang mahal bagi perkhidmatan itu.

Beliau berkata, di peringkat ini kerajaan meneliti secara keseluruhan proses pengambilan pembantu asing supaya ia lebih memberi keadilan kepada semua pihak.

"Kerajaan sedar terhadap apa yang berlaku dalam industri ini (pembantu rumah) dan semua ini adalah akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pihak ejen.

"Sehubungan itu kerajaan kini sedang meneliti pendekatan terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta Sidang Kemuncak Wanita 2009 dalam sesi dialog di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini hari ini.

Menjawab satu soalan lain, Muhyiddin berkata, Malaysia telah menghantar laporan mengenai isu berkaitan pembantu rumah asing kepada kerajaan Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, pihak republik tersebut belum menghantar sebarang jawapan.

"Sebelum ini kita dan Indonesia ada mengadakan pertemuan berhubung isu pembantu rumah Indonesia dan kita telah menghantar satu laporan mengenai isu itu kepada kerajaan republik itu baru-baru ini.

"Namun begitu kita belum menerima sebarang jawapan daripada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pembantu rumah yang diambil bekerja juga seharusnya mempunyai kelayakan serta kemahiran tertentu supaya mereka faham mengenai tugas serta tanggungjawab yang diberikan. - Utusan Malaysia.

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...