Sunday, August 9, 2009

Graduan dinasihat rajin 'meneroka'

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

SERDANG: Mahasiswa perlu mempunyai sikap membentuk fikiran seterusnya menentukan tindakan terbaik dan untuk terus maju kita tidak seharusnya mudah berpuas hati dengan apa yang dicapai, kata penerima anugerah Profesor Emeritus sempena Majlis Konvokesyen ke-33 Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie, di sini, semalam.

"Lebih baik kita gagal dalam usaha meneroka sesuatu yang lebih bermanfaat daripada berdiam diri saja kerana khuatir menemui kegagalan. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri graduan kerana anda adalah pemangkin masa depan negara.

"Graduan juga perlu sentiasa mencari jalan mengatasi batasan yang ada demi kesejahteraan negara dan saranan saya kepada ibu bapa, berilah pendidikan sempurna kerana ia adalah seribu kali lebih baik daripada meninggalkan harta kepada anak-anak, jadi dorong mereka sehingga mencapai kejayaan," katanya ketika berucap pada sesi kedua majlis konvokesyen itu, semalam.

Hadir sama, Pro Canselor UPM, Tan Sri Dr Nayan Ariffin dan Tan Sri Lim Ah Lek; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Syed Jalaluddin Syed Salim serta Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah.

Penerima Hadiah Pingat Emas Canselor, Noorhalizam Mohamad Noor dari Bacelor Sains Pertanian, menyifatkan kejayaannya itu hasil tiga prinsip diamalkannya iaitu pengurusan masa yang baik, pengurusan kewangan sistematik serta menjaga perhubungan dengan orang lain.

"Saya yakin ia adalah bidang satu bidang yang mampu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar seiring dengan penduduk bandar dan potensinya amat besar jika kita pandai mengadaptasi teknologi dengan pengetahuan diri sendiri," katanya.- Berita Harian.

Laksana idea bernas generasi muda

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kerajaan kini melaksanakan pendekatan pengupayaan golongan muda bagi mendapatkan idea bernas mereka untuk memacu pembangunan negara yang lebih cemerlang.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tiga ciri pentingnya ialah menghormati permintaan orang muda, menjadikan mereka sebagai rakan kepimpinan dan memberi ruang lebih luas mereka berfikir serta berorientasi mengikut ajaran Islam.

"Orang muda lebih mudah 'duduk semeja', mempunyai pendapat yang bijak dan mampu berbincang lebih rasional walaupun berbeza fahaman politik dan ini sudah terbukti sejak dulu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 di Kompleks MAYC di sini hari ini.

Acara anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) itu bersempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48.

Antara tujuannya ialah memberi makna dan kefahaman jelas mengenai teras-teras kenegaraan dan merintis usaha mengubah Malaysia ke arah lebih baik.

Saifuddin berkata, kerajaan akan mengamalkan dasar terbuka dan memberi peluang kepada golongan muda memberi apa saja pendapat.

Menurutnya, jika pendapat mereka mempunyai kebaikan kepada rakyat dan negara ia akan dibincangkan ke peringkat tertinggi secara terperinci.

"Salah satu usaha kerajaan dalam mengutamakan pendapat golongan muda ini dapat dilihat apabila kerajaan menggubal Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)," katanya.

"Kini golongan muda termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bebas bersuara dan memberi pendapat mengenai sebarang isu berkaitan negara selagi tidak menyertai demonstrasi haram atau berjuang untuk mana-mana parti," katanya.

Menurut Saifuddin, ketika ini terdapat 50 persatuan mahasiswa berorientasikan Islam di IPT yang membabitkan 15,000 ahli.

Sehubungan itu, katanya, golongan muda boleh menyertai persatuan yang sedia ada untuk menyuarakan sebarang pendapat.

"Walaupun berbeza persatuan, golongan muda yang kaya dengan idea dan cerdik ini perlu mengambil perbezaan di kalangan mereka sebagai rahmat, bukannya titik perpecahan."Apabila kerajaan melaksanakan pendekatan pengupayaan ini, diharap ia merapatkan hubungan dan kerjasama dengan golongan muda," tambahnya. - Utusan Malaysia.

Kakitangan awam dibebani hutang

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebahagian besar daripada 1.2 juta orang kakitangan awam di negara ini berhutang, menyebabkan ada di antaranya membawa pulang hanya 40 peratus sahaja daripada gaji mereka setiap bulan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman mendedahkan, ada dalam kalangan kakitangan awam memperoleh pendapatan boleh guna yang sedikit, malah ada yang mencapai tahap teruk.

''Ada kes di mana mereka yang berumur 50 tahun belum habis membayar hutang, malah lebih teruk lagi ada yang kehabisan bayaran gratuiti kerana menjelaskan pinjaman," katanya kepada Utusan Melayu Mingguan, baru-baru ini.

(Laporan penuh mengenai beban hutang kakitangan awam ini dapat diikuti dalam Utusan Melayu Mingguan, esok).

Menurutnya, kumpulan berpendapatan sederhana dan bawahan adalah paling ketara berhutang, setidak-tidaknya membuat pinjaman perumahan dan kenderaan atau pinjaman peribadi.

Omar berkata, bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh kakitangan awam boleh dilihat apabila ramai di antara mereka terpaksa bekerja secara sambilan siang dan malam.

''Dianggarkan lima peratus kakitangan awam terpaksa bekerja sambilan,'' ujarnya.

Beliau memberi contoh daripada 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang, 10 peratus adalah kakitangan awam yang melakukannya secara sambilan.

Katanya, terdapat kes-kes teruk sehingga ada yang tidak datang kerja kerana tidak mempunyai wang.

''Jika datang sekali pun tidak buat kerja kerana hilang tumpuan akibat beban hutang,'' ujarnya yang bimbang dengan fenomena tersebut. - Utusan Malaysia.

H1N1 FLU: KLIA depot detainees for other holding centres

ILLEGAL immigrants locked down at the KLIA Immigration detention centre following the death of an inmate from Influenza A (H1N1) are being sent to three other immigration detention centres.

The depot has also stopped accepting detainees. KLIA Immigration Depot commandant Shainurin Shaari said
the three detention centres are at Semenyih in Selangor, Lenggeng in Negri Sembilan and Machap Umboo in Malacca. He said Immigration Department officers would decide where to send the detainees.

“Until the District Health Department gives us the green light, we will not accept new inmates,” Shainurin said, adding that he expects the situation to last for the next two weeks.

“Even after we reopen, we will screen every new detainee brought in for H1N1. We want to prevent the spread of the virus in the detention centre.”

The KLIA depot in Sepang was locked down on Tuesday after it was confirmed that Togolese inmate Malou-Ouro Dramane’s death last Friday was due to H1N1.

Deportation activities at the depot have since come to a halt. Officials from the Sepang Health Department screened the remaining 950 detainees and 40 Immigration staff for the influenza and the result showed that none was infected. - Malay Mail.

Masterkill Graduates Highly Sought

PUTRAJAYA, Aug 8 (Bernama) -- As the Masterskill University College of Health (Much) produces high quality graduates, they are highly sought-after by various companies.

Its Vice-Chancellor, Profesor Datuk Dr Ishak Tambi Kechik, said the college's recipe of success was due to its excellent teaching methods.

He said, almost all Much graduates found employment as soon as they completed their studies, adding that some had to postpone attending to their graduation due to work commitment.

Ishak said that more than 500 of the university's graduates could not attend Saturday's convocation because of work commitment.

He said this in a press conference after the first session of the MUCH convocation at the Putrajaya International Convention Centre here.

More than 1,800 graduates from various health science fields received their diplomas from Much Chancellor Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah.

-- BERNAMA

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...