Sunday, January 1, 2012

Warga Sri Lanka Dan Afghanistan Ditangkap Ketika Cuba Keluar Malaysia

JOHOR BAHRU, 31 Dis (Bernama) -- Sebanyak 12 warga Sri Lanka dan empat warga Afghanistan ditangkap di Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar di dalam cubaan keluar daripada negara ini menuju ke Indonesia dan kemudiannya Australia.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua Supt N.Kalai Chelvan berkata, anggotanya telah mendapat maklumat dan mengintip lokasi terbabit sebelum menangkap warga asing itu Jumaat.

"Kesemua warga asing yang berumur di antara 17 hingga 40 tahun mengaku hendak keluar menuju ke negara ketiga, Indonesia dan Australia melalui laluan yang tidak diwartakan menggunakan bot," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kesemua warga asing telah diserahkan kepada Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

Menurut Kalai Chelvan, sepanjang tahun ini pasukannya telah berjaya menangkap 985 pendatang tanpa izin ketika mereka cuba memasuki atau keluar daripada Malaysia menggunakan "laluan tikus".

Katanya, pihaknya turut menangkap 34 tekong di dalam tempoh yang sama tahun ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...