![]() |
Tiga PATI warga Myanmar yang berbaring di dalam but kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk keluar ke negara Thailand secara haram di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam. - UTUSAN |
BUKIT KAYU HITAM, 24 Jan - Jabatan Imigresen negeri menahan
empat lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar yang cuba
diseludup keluar ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan
Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam petang semalam.
Pengarahnya, Mohd Hatta Kassim berkata Pati tersebut berumur di antara 15 dan 32 tahun dipercayai masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah dua atau tiga bulan lepas untuk bekerja.
Pengarahnya, Mohd Hatta Kassim berkata Pati tersebut berumur di antara 15 dan 32 tahun dipercayai masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah dua atau tiga bulan lepas untuk bekerja.
Katanya pegawai Imigresen yang menahan sebuah kereta dipandu warga tempatan berumur 30-an di laluan keluar arah Thailand kira-kira pukul 2 petang semalam, mendapati penumpang di sebelah pemandu cuba berlakon sebagai penduduk tempatan.
"Apabila diperiksa lelaki itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pemeriksaan seterusnya menemui tiga lagi Pati bersembunyi dalam but belakang kereta," katanya kepada pemberita di sini Selasa.
Beliau berkata pemandu tersebut dari Changlun dekat sini mempunyai rekod menyeludup Pati keluar dari negara ini melalui KIK Bukit Kayu Hitam empat bulan lepas.
Dalam kes lain, seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan di laluan kereta keluar dari negara ini di KIK itu kira-kira pukul 5.45 petang Ahad lepas.
Mohd Hatta berkata Pati berusia 30-an itu menaiki kereta dipandu lelaki tempatan, mengemukakan pasport Malaysia yang dipalsukan untuk masuk ke Thailnad.
Kesemua Pati dan kedua-dua pemandu terbabit disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010).
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment