Saturday, January 15, 2011

KDN Hanya Benarkan Bekas Tentera Nepal Berkhidmat Sebagai Pengawal Keselamatan

Kerajaan hanya membenarkan warganegara Nepal yang berstatus bekas tentera untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan dalam negara, dan mereka hanya dibenarkan berkhidmat mengikut tempoh tertentu yang ditetapkan sahaja.

Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri Awang Din Hussin dalam satu kenyataan berkata ketika ini hanya 5,376 warganegara Nepal dibenarkan untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan warga asing dalam negara.
"Tidak dinafikan terdapat sesetengah syarikat yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menggunakan warganegara asing sebagai pengawal keselamatan. Menyedari hakikat ini kementerian mengadakan 'engagement' dengan agensi-agensi berkaitan bagi menangani pengunaan warga asing sebagai pengawal keselamatan," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan untuk memberi penjelasan mengenai satu laporan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan terdapat 30,000 pengawal keselamatan haram dalam negara.

Menurutnya pihak kementerian memandang serius perkara itu kerana perkembangan itu menunjukkan bahawa kawalan keselamatan dikuasai warga asing dan situasi ini dilihat tidak selamat.

"Kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat yang menggunakan pengawal keselamatan warga asing tanpa kebenaran," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...