KOTA BHARU - Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kelantan menahan 42 warganegara asing termasuk tujuh wanita yang dipercayai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam tiga serbuan berasingan di Kota Bharu dan Pasir Puteh. Kesemua mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun terdiri daripada warganegara Myanmar, Bangladesh, Indonesia dan Thailand. Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Ke-lantan, Mohammad Zaidi Che Morad berkata, kesemua mereka yang ditahan itu dihantar ke Depot Tahan Imigresen di Tanah Merah sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Beliau berkata, baru-baru ini pihaknya melakukan serbuan di sebuah premis di Jalan Zainal Abidin dekat Kota Bharu, kira-kira jam 1.25 pagi yang dipercayai menjalankan khidmat seks dan beroperasi tanpa kebenaran. “Kita dapati tujuh wanita terbabit yang berusia 26 hingga 31 tahun. Warga negara Thailand ini asyik melayan beberapa lelaki bukan Melayu di premis ini. “Dalam serbuan yang sama juga beberapa teman lelaki kepada GRO berkenaan merayu kepada pegawai penguat kuasa supaya melepaskan mereka tetapi kami tetap menahannya dan tidak menghiraukan rengekan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap wanita terbabit, kesemua mereka menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) dan ditahan untuk siasatan di bawah Peraturan Imigresen 1963. Mohammad Zaidi berkata, sebelum ini premis terbabit sudah diserbu beberapa kali tetapi mereka tetap menjalankan perniagaan dan operasi sama. Sementara itu, dalam operasi lain kelmarin, Mohammad Zaidi berkata, pihaknya melakukan serbuan di sebuah tapak projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Su-ngai Petai, dekat Pasir Puteh dan menahan 23 pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi Ops Bina. Beliau berkata, semua mereka berusia antara 20 hingga 40-an ditahan dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 2 petang hingga 5 petang dan diketuai Pegawai Tinggi Imigresen, Sanusi Zakaria bersama 10 pegawai lain. Antara mereka yang ditahan terdiri daripada Myanmar (8), Bangladesh (7) dan Indonesia (10). Katanya, hasil pemeriksaan terhadap PatiI itu, pihaknya mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(3) dan Seksyen 15(1) kerana tinggal lebih masa selain melanggar syarat di bawah peraturan 39(B). Menurutnya, jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga 10,000 atau lima tahun penjara. Katanya, pihaknya kini mengesan majikan terbabit untuk diambil tindakan. Beliau berkata, dalam operasi itu juga ada beberapa Pati yang sempat meloloskan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa. Sementara itu, dalam serbuan di tapak projek Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kira-kira jam 4.30 petang, Mohammad Zaidi berkata, pasukannya juga menahan 12 Pati warganegara Bangladesh dan Indonesia berusia antara 25 hingga 40 tahun dan ketika serbuan mereka sedang menjalankan kerja-kerja menyiapkan dinding konkrit. Katanya, hasil pemerik-saan juga mendapati, Pati itu telah melanggar Akta Imigresen dan Peraturan Imigresen 39(B). - Sinar Harian |
Wednesday, April 14, 2010
42 Pati, 7 GRO ditahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA
(2)
6P
(15)
Afghanistan
(2)
Ampang Jaya
(1)
apjati
(1)
APMM
(2)
ATM
(1)
Bangladesh
(4)
BEAM
(3)
Bebas-PATI
(1)
biometrik cap jari
(1)
Bot Karam
(1)
Bukit Kayu Hitam
(1)
China
(1)
CLAB
(1)
Dadah
(2)
DANGEROUS
(1)
DIFFICULT
(1)
DIRTY
(1)
Filipina
(1)
GRO Asia Barat
(1)
GRO Warga Asing
(3)
Hishammuddin
(1)
i-kad
(1)
Imigresen
(6)
IMIGRESEN JOHOR
(1)
INDIA
(1)
Indoneisa
(2)
Indonesia
(7)
izat emir
(1)
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
(3)
KDN
(26)
Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh
(1)
kEMENTERIAN DALAM NEGERI
(2)
Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee
(1)
KSU
(1)
KUANTAN
(1)
Langkawi
(1)
LEVI
(1)
Lombok Agreement
(1)
MAJIKAN
(1)
malaysia
(4)
MAPO
(1)
MBAM
(1)
Myanmar
(3)
najib tun razak
(4)
Nepal
(1)
Nigeria
(1)
Operasi
(1)
OSC
(1)
papa
(1)
PATI
(30)
PBT
(1)
PDRM
(1)
Pekerja Asing
(12)
Pekerja Asing Indonesia
(1)
Pelacur
(1)
Pelajar Asing
(2)
Pemalsuan Pasport
(1)
Pembantu Rumah
(9)
Pembantu Rumah Tangga
(1)
Pemerdagangan Manusia
(4)
Penduduk Tetap
(1)
Pengawal Keselamatan
(1)
Pengemis Warga Asing
(1)
perdanasama
(1)
PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA
(3)
pikap
(1)
presiden susilo
(1)
PRT
(2)
raja zulkepley dahalan
(1)
Rela
(1)
Sedili Besar
(1)
Shahrizat Jali
(1)
SPA
(1)
SPRM
(1)
Sri Lanka
(1)
Stesyen minyak
(1)
susilo
(2)
Susilo Bambang Yudhoyono
(1)
Tan Sri Mahmood Adam
(3)
Teluk Semayong
(1)
Thailand
(1)
TKI
(3)
Vietnam
(1)
VISA Pelajar
(1)
Warga Asing
(5)
Warga Asing - Dadah
(1)
Warga Asing Meninggal
(1)
Warga Indonesia
(1)
ZAHID HAMIDI
(2)
ZUL AZHAR B CHA
(3)
No comments:
Post a Comment