Monday, March 29, 2010

Kes rasuah bekas KP Imigresen : Peguam Persoal Cara Kiraan Wang

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Peguam yang mewakili bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don dalam kes rasuah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin mempersoalkan cara semakan wang perangkap oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Datuk V. Sithambaram yang mewakili Wahid berkali-kali meminta saksi ke-25 pendakwaan, penolong penguasa SPRM Ahmad Zaidi Yusof menjelaskan bagaimana beliau boleh mengira wang berjumlah RM256,400 dalam tempoh empat jam bermula 5 petang pada 9 Julai 2008.

Sithambaram turut meminta penjelasan bagaimana dalam tempoh yang sama (pengiraan) saksi itu boleh membandingkan setiap nombor siri dengan wang yang telah difotostat.

Ahmad Zaidi berkata beliau tidak melakukannya secara berseorangan sebaliknya mengira bersama dengan rakan setugas Mohd Hazimin Mahmood dan ahli pernigaan Datuk Zulkafli Maulud.

Zulkafli merupakan orang yang dipertanggungjawabkan menyerah wang perangkap itu kepada Datuk Seri Low Chang Hian sebagai upah meluluskan 'calling visa' berjumlah 4,337 pekerja.

Bagaimanapun, jawapan Ahmad Zaidi itu dipersoalkan sekali lagi kerana menurut Sithambaram agak sukar untuk meneliti nombor siri yang tertulis dalam bentuk yang kecil serta dikendalikan bersama tiga orang dalam satu masa.

"Masa tidak mencukupi. Kami tengok sekali imbas nombor siri. Kami percaya duit itulah yang difotostat, melainkan mesin itu rosak tapi ia tidak rosak. Kami percaya duit atas meja itu adalah duit yang sama yang kami fotostat," tegas Ahmad Zaidi.

Wahid, 57, didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low, juga seorang ahli perniagaan, pada 19 Ogos tahun lepas, sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Pada awal prosiding, Ahmad Zaidi menyambung semula pengiraan dan perbandingan wang perangkap berjumlah RM256,400 itu dan mengambil masa kira-kira empat jam.

Kes yang dibicarakan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin itu akan disambung esok.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail. -- BERNAMA  

1 comment:

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...