Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), DSP Razali Abu Samah, berkata turut ditahan ialah seorang lelaki dan wanita tempatan yang dipercayai menjadi ibu ayam dan penjaga premis berkenaan.
Gambar Hiasan
Beliau berkata, operasi itu dilakukan hasil soal siasat tangkapan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak baru-baru ini.
"Modus operandi yang digunakan di mana pelanggan datang dan ibu ayam tunggu di luar seterusnya mengagihkan wanita itu untuk duduk bersama pelanggan.
"Semua mereka ada pasport warga asing dan ada seorang yang mengemukakan surat nikah, bermakna dia sudah bernikah dengan warga tempatan. Namun kami tangkap juga dan akan bawa dia ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk pastikan kesahihan surat itu," katanya.
Razali yang mengetuai operasi itu berkata, restoran berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan tetapi menjalankan aktiviti karaoke.
"Ada tiga bilik karaoke...kita rampas set karaoke di bilik itu dan kita saman kerana langgar syarat lesen. Mereka tidak dibenarkan menjalankan kegiatan karaoke," katanya. - Berita Harian
No comments:
Post a Comment