SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa profil Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada kesan darah pada sehelai cadar adalah berpadanan dengan profil DNA darah pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani yang meninggal dunia akibat didera, Oktober tahun lepas.
Ahli Kimia, P. Revathi, 30, berkata, beliau memperoleh keputusan itu melalui teknik Polymerase Chain Reaction-Short Tandem Repeat (PCR-STR) yang merupakan teknik utama digunakan oleh makmal DNA serata dunia dan mematuhi garis panduanantarabangsa.
"Hasil daripada perbandingan, saya dapati bahawa profil DNA wanita yang diperoleh daripada cadar adalah berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada spesimen darah berlabel 'Mulkuty@Muntik Hani', maka menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada sumber yang sama," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokthar pada perbicaraan kes penjual air tebu, A. Murugan yang didakwa membunuh Muntik, 40.
Tertuduh, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Muntik, yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.
Revathi, yang merupakan saksi ke-33 pendakwaan berkata, beliau turut menjalankan analisis ke atas dua calitan yang mempunyai kesan darah tetapi profil DNA yang diperoleh daripada kesan darah itu adalah lemah dan tidak sesuai untuk perbandingan berikutan kandungan DNA yang rendah dalam sampel itu.
"Hasil analisis yang dijalankan ke atas lapan helai rambut dan satu lagi swab (calitan) yang mempunyai kesan darah bagaimanapun tidak menemui profil DNA kerana mungkin tiada DNA terkandung dalam sampel itu ataupun DNA yang terkandungadalah terlalu rendah sehingga tidak memberi apa-apa keputusan," katanya.
Dalam perbicaraan sebelum ini, Juruanalisis Tempat Kejadian Jenayah, Asisten Supritendan Zainol Hisham Abu yang merupakan saksi ke-25 pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya mengambil beberapa barang kes termasuk gumpalan rambut dan kesan darah yang ditemui di dalam tandas rumah tertuduh di mana Muntik ditemui serta cadar dari rumah bekas majikan Muntik, Puah Hooi Sueew di No. 2, Jalan Datuk Shahbudin 5, Taman Sentosa.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. - mStar online
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA
(2)
6P
(15)
Afghanistan
(2)
Ampang Jaya
(1)
apjati
(1)
APMM
(2)
ATM
(1)
Bangladesh
(4)
BEAM
(3)
Bebas-PATI
(1)
biometrik cap jari
(1)
Bot Karam
(1)
Bukit Kayu Hitam
(1)
China
(1)
CLAB
(1)
Dadah
(2)
DANGEROUS
(1)
DIFFICULT
(1)
DIRTY
(1)
Filipina
(1)
GRO Asia Barat
(1)
GRO Warga Asing
(3)
Hishammuddin
(1)
i-kad
(1)
Imigresen
(6)
IMIGRESEN JOHOR
(1)
INDIA
(1)
Indoneisa
(2)
Indonesia
(7)
izat emir
(1)
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
(3)
KDN
(26)
Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh
(1)
kEMENTERIAN DALAM NEGERI
(2)
Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee
(1)
KSU
(1)
KUANTAN
(1)
Langkawi
(1)
LEVI
(1)
Lombok Agreement
(1)
MAJIKAN
(1)
malaysia
(4)
MAPO
(1)
MBAM
(1)
Myanmar
(3)
najib tun razak
(4)
Nepal
(1)
Nigeria
(1)
Operasi
(1)
OSC
(1)
papa
(1)
PATI
(30)
PBT
(1)
PDRM
(1)
Pekerja Asing
(12)
Pekerja Asing Indonesia
(1)
Pelacur
(1)
Pelajar Asing
(2)
Pemalsuan Pasport
(1)
Pembantu Rumah
(9)
Pembantu Rumah Tangga
(1)
Pemerdagangan Manusia
(4)
Penduduk Tetap
(1)
Pengawal Keselamatan
(1)
Pengemis Warga Asing
(1)
perdanasama
(1)
PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA
(3)
pikap
(1)
presiden susilo
(1)
PRT
(2)
raja zulkepley dahalan
(1)
Rela
(1)
Sedili Besar
(1)
Shahrizat Jali
(1)
SPA
(1)
SPRM
(1)
Sri Lanka
(1)
Stesyen minyak
(1)
susilo
(2)
Susilo Bambang Yudhoyono
(1)
Tan Sri Mahmood Adam
(3)
Teluk Semayong
(1)
Thailand
(1)
TKI
(3)
Vietnam
(1)
VISA Pelajar
(1)
Warga Asing
(5)
Warga Asing - Dadah
(1)
Warga Asing Meninggal
(1)
Warga Indonesia
(1)
ZAHID HAMIDI
(2)
ZUL AZHAR B CHA
(3)
No comments:
Post a Comment