Saturday, January 8, 2011

Jabatan Imigresen Cadang Perkenal Sistem APPS Kesan Warga Asing Dikehendaki

Jabatan Imigresen Malaysia bercadang untuk memperkenalkan sistem "Advance Passengers Processing System" (APPS) bagi menyemak dan mengesan warga asing yang dikehendaki atau disenarai hitam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata pihaknya akan memohon pertimbangan Kementerian Dalam Negeri berhubung cadangan berkenaan memandangkan ia telah diaplikasikan di beberapa buah negara maju.

Tujuh GRO Rakyat China Diberkas

Jabatan Imigresen Perak menahan tujuh wanita pelayan pelanggan (GRO) rakyat China dalam serbuan di dua restoran di sini Khamis.

Ketua Imigresen Lumut Zaidi Dali berkata kesemua mereka yang berusia antara 32 dan 44 tahun itu diberkas dalam serbuan berasingan di Kampung Selamat dan Segari.

Pekerja Asing Dilindungi Insurans SPIKPA Boleh Masuk Hospital Kerajaan Tanpa Deposit

Pekerja asing yang dilindungi polisi insurans Skim Kemasukan Hospital dan Pembedahan Pekerja Asing (SKHPPA) boleh dimasukkan ke hospital kerajaan tanpa perlu membayar deposit atau mengemukakan surat jaminan daripada syarikat insurans.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata SKHPPA, yang wajib diambil semua pekerja asing berikutan penguatkuasaan Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (Spikpa) pada 1 Jan lepas, membolehkan pelaksanaan "tanpa tunai" dibuat.

Wednesday, January 5, 2011

Murugiah Cadang Hanya Syarikat Kukuh Dibenar Ambil Pekerja Asing

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata hanya majikan memiliki kewangan yang kukuh sahaja perlu diberi kelulusan untuk menggaji pekerja asing bagi menangani kes majikan tidak membayar gaji pekerja mereka.

Sebagai contoh, katanya, kes terbaru yang dilaporkan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) melibatkan 12 pekerja dari Nepal yang tidak dibayar gaji sejak dua bulan lepas dan pasport mereka pula disimpan oleh majikan.

"Apabila kerajaan tidak membenarkan majikan mengambil pekerja asing, mereka marah kita, tetapi apabila kita sudah beri kelulusan timbul masalah seperti ini," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Murugiah berkata beliau akan menemui Jabatan Imigresen untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan penipuan majikan terhadap pekerja asing.

"Tindakan menipu pekerja asing akan memburukkan imej negara," katanya.

Presiden Persatuan Kebajikan Masyarakat India Malaysia, K.S Baskaran, berkata aduan mengenai pekerja Nepal itu telah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.

"Namun setakat ini belum ada maklum balas, justeru kami berharap agar BPA dapat membantu kami menyelesaikan masalah ini dengan baik," katanya.

Baskaran berkata 12 rakyat Nepal itu diambil bekerja oleh sebuah syarikat kawalan keselamatan sejak tahun 2008.

"Apabila gaji tidak dibayar, mereka membuat aduan di Kedutaan Nepal sebelum membuat laporan polis," katanya. - FoN Online

Seramai 12 GRO Warga Asing Ditahan Di Petaling Jaya

Seramai 12 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah premis dua tingkat di Taman Bukit Mayang Emas di sini Selasa.

Wanita yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40-an dan terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam dan Thailand, kata Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai polis, termasuk anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada kira-kira 4.30 petang.

Beliau yang turut serta dalam serbuan itu berkata serbuan itu dibuat setelah menerima aduan dari penduduk di kawasan berkenaan.

"Premis itu berada dalam keadaan terkunci ketika diserbu dan hanya pelanggan tetap sahaja yang dibenarkan masuk. Kami menyerbu masuk selepas pemilik premis berkenaan leka dengan kunjungan pelanggan tanpa menyedari pergerakan mereka telah diperhatikan," katanya.

Arjunaidi berkata premis berkenaan gelap dan hanya disinari dengan cahaya lampu neon yang dipasang di sudut dalam ruangan premis terbabit, dan pemeriksaan mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang permit hiburan yang diluluskan dari pihak berkuasa tempatan.

Beliau tidak menolak kemungkinan premis berkenaan turut menawarkan khidmat seks ekoran penemuan ruangan khas yang menempatkan beberapa buah tilam.

Pusat hiburan yang terletak di bahagian atas premis bangunan kedai dua tingkat itu dilengkapi dengan sofa dan ruang minum bagi pelanggan dan GRO terbabit.

Katanya kesemua wanita asing itu dibawa ke IPD Petaling Jaya bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut. - FoN Online

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...