Saturday, April 3, 2010

Polis pantau jeti haram PATI masuk

KOTA KINABALU 2 April - Polis akan membuat pemantauan yang lebih kerap di beberapa lokasi jeti haram di daerah Tawau dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai jeti-jeti haram yang sering digunakan PATI untuk memasuki negeri ini.

"Pihak polis masih mengumpul maklumat untuk mengesan jeti-jeti haram di daerah Tawau bagi mengambil tindakan sekali gus mengatasi masalah kemasukan PATI ke negeri ini.

"Saya telah mengarahkan ketua polis daerah itu supaya membuat siasatan bagi mengesan juragan kapal yang dipercayai sering membawa masuk PATI melalui daerah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan di sini semalam.

Daerah Tawau yang terletak berhampiran sempadan Indonesia dikatakan sering menjadi lokasi tumpuan kemasukan PATI ke negeri ini.

Menurut Noor Rashid, pemantauan berterusan juga penting kerana terdapat bot yang mendarat di jeti haram selain tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

"Ini membahayakan nyawa penumpang dan kita harap dengan pemantauan berterusan ini akan dapat memastikan semua bot turut mematuhi peraturan keselamatan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kehilangan pengurus dan penyelia pusat pembiakan rumpai laut dalam kejadian rompakan di Pulau Sebangkat di Semporna baru-baru ini, beliau berkata, siasatan masih diteruskan.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan sebarang perkembangan tidak boleh didedahkan agar tidak mengganggu siasatan.

"Bagaimanapun, kita percaya kedua-dua lelaki tersebut masih hidup," ujarnya. - Utusan

11 pelacur pancing pelanggan ditahan

KUALA LUMPUR - Seramai 11 pelacur warganegara China yang berpakaian menghairahkan ditahan ketika mereka 'memancing pelanggan' untuk menawarkan khidmat seks di sebuah medan selera di Jalan Gelang, Pudu semalam.

 Medan selera di Jalan Gelang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi pelacur warga asing berkumpul mencari pelanggan. 

Operasi selama sejam setengah itu disertai oleh empat pegawai dan 20 anggota dari Cawangan Antimaksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pegawai Turus D7, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, dalam serbuan yang bermula pada pukul 4.05 pagi, kesemua wanita yang ditahan berumur di antara 21 hingga 44 tahun. - Kosmo

Friday, April 2, 2010

Pendatang kena kepung

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Selangor menahan 33 pendatang asing dalam satu serbuan di gerai makan milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Puncak Perdana berhampiran kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam kelmarin.

 Gambar hiasan

Dalam operasi bermula jam 10 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian, Jabatan Imigresen terpaksa menyamar sebagai pelanggan sebelum mengepung kawasan terbabit bagi mengelak pendatang asing melarikan diri.
Daripada 33 yang ditahan itu, 23 lelaki dan selebihnya perempuan, membabitkan warga Thailand seramai 23 orang, Indonesia enam dan masing-masing satu membabitkan India, Sri Lanka dan Pakistan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Johari Supardi, berkata serbuan itu dibuat hasil aduan orang ramai selain risikan yang dibuat pihaknya.

“Ketika serbuan, ada pendatang asing ini cuba melarikan diri, namun kami sudah bersedia dengan mengepung kawasan itu dan menggagalkan tindakan pendatang asing terbabit.

“Kebanyakan mereka yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah dan tidak memiliki pasport,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi itu di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik gerai makan terbabit kerana menggaji pekerja yang tidak memiliki permit sah kerana ia menyalahi undang-undang.

“Semua mereka itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002. Pendatang asing terbabit kemudian dihantar ke depot tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka,” katanya.

Jabatan Imigresen juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehadiran pendatang asing supaya menyalurkannya kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut. - Harian Metro

Buruh maut jatuh bangunan

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut apabila tali pengikat pelantar di tingkat 28 sebuah bangunan hotel yang dalam pembinaan di belakang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini tiba-tiba terputus, pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa hanya dikenali sebagai Sugeng, 29 dikatakan sedang melakukan kerja pemunggahan di tingkat berkenaan sebelum tali pengikat pelantar putus menyebabkan mangsa yang tidak menggunakan tali keselamatan terjatuh.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mangsa yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja di bangunan yang belum siap itu. “Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. “Bagaimanapun kami akan melihat laporan bedah siasat untuk memastikan sama ada wujud unsur lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Harian Metro

Amah kebas RM200,000

KUALA LUMPUR: Kerana terlalu percaya kepada pembantu rumahnya, seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wanita terbabit melarikan pelbagai barang berharga termasuk harta pusaka yang semuanya bernilai hampir RM200,000.

DICARI... Sayani dicari majikan selepas didakwa melarikan pelbagai barang kemas bernilai RM200,000. 

Pembantu rumah terbabit yang berusia 27 tahun selama ini menjadi kepercayaan majikannya itu sejak diambil bekerja enam bulan lalu.

Namun, dalam kejadian awal bulan lalu di Seksyen 11, Shah Alam, dia melarikan diri bersama seorang lelaki yang juga rakan senegara bersama pelbagai barang kemas milik majikannya itu.

Ahli perniagaan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ali dari Kashmir, India berkata ketika kejadian, isterinya keluar ke pasar raya untuk membeli barang keperluan ditemani seorang lagi pembantu rumah, kira-kira jam 9.30 pagi pada hari kejadian.

“Namun, sejurus pulang, isteri saya mendapati wanita terbabit tiada di rumah dan dia cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah, namun gagal.

“Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya terkejut apabila mendapati beberapa barang kemas miliknya hilang dipercayai dilarikan pembantu rumah terbabit,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia memang mempercayai pembantu rumahnya itu yang bekerja dengannya hampir enam bulan lalu.

“Namun, saya tidak sangka dia akan melarikan diri dan mengambil semua barang berharga dan ada antaranya harta pusaka yang bagi saya tidak ternilai harganya,” katanya.

Menurutnya, pembantu rumah terbabit yang dikenali sebagai Sayani itu sudah berkahwin dan juga mempunyai dua anak, namun semua mereka berada di Indonesia.

“Saya benar-benar berharap dia dapat pulangkan semula barang kemas berkenaan kerana itu harta pusaka yang memang tidak ternilai buat kami sekeluarga.

“Jika dia pulangkan kembali semua barang itu, saya akan maafkan wanita berkenaan dan tidak akan mengenakan tindakan kepadanya,” katanya. - Harian Metro

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...