Tuesday, July 27, 2010
PROGRAM PENGHANTARAN PULANG PATI
Adalah dimaklumkan Program ini diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Ianya terbuka kepada Semua Warganegara Asing yang tinggal melebihi tempoh, permit kerja tamat tempoh atau visa lawatan tamat tempoh. Kemungkinan juga ada PATI yang menjadi PATI selepas melarikan diri dari Majikan.
Sekarang anda boleh pulang dengan Selamat & Sah tertutama untuk Menyambut Lebaran.
Sila hubungi : MODAL INSAN CONSULTANCY SERVICES Agen SAH kepada PANGKAL REZEKI SDN BHD (Service Provider).
- LEMBAH KELANG : 012-336 5925 (Faizal)
- BATU PAHAT & MUAR : 019-715 3502 (Adam)
- P.PINANG : 012-680 0062 (Adilah)
- GUA MUSANG, KUALA KRAI, KOTA BHARU : 017-913 9725 (Razan)
Syarat-syarat
- Pasport mesti masih sah.
- Jika tamat tempoh, perlukan SPLP atau Emergency Certificate yang dikeluarkan oleh Kedutaan Negara masing-masing.
- Bagi yang kehilangan Pasport atau dirampas Majikan, kami akan membantu anda untuk mendapatkan dokumen dari Kedutaan.
Bayaran
- Bergantung kepada harga tiket semasa.
- Bergantung kepada kawasan anda (transportation charge).
- Semua warganegara adalah sama harga tanpa perbezaan.
Pulanglah dengan selamat tanpa keraguan dan kerugian.
Sunday, July 25, 2010
7 pelacur China ditahan
SEREMBAN 24 Julai – Tembelang pemilik rumah pelacuran yang menjadikan sebuah flat di Taman Bukit Delima di sini untuk menjalankan kegiatan haram itu terbongkar apabila diserbu polis malam tadi. Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam itu, tujuh pelacur warga China berusia antara 21 dan 26 tahun berjaya ditahan di dalam sebuah rumah.
Ketika serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri, semua wanita itu sedang leka melayan enam pelanggan berusia 23 hingga 58 tahun.
Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Supritendan Habibi Majinji berkata, pihaknya turut menemui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tingkat tujuh flat itu untuk memantau pergerakan pihak berkuasa.
“Hasil pemeriksaan mendapati warga asing itu menyalahgunakan pas sebagai pelajar untuk melacur. Kita juga merampas beberapa kondom dan pelincir,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mereka yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk disoal siasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Taman Starlight, Rasah, tujuh lagi wanita warga China dan seorang warga Thailand ditahan kerana dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan. - Utusan
Friday, July 23, 2010
19 warga asing ditahan
PASIR GUDANG – Seramai 19 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dan rampasan barangan termasuk kerusi dan meja di sita dalam Operasi Bersepadu Bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Pasir Gudang, di sini, malam semalam.
Operasi yang bermula jam 10 malam hingga 1 pagi melibatkan enam pegawai imigresen dari Pejabat Imigresen Pasir Gudang, lima anggota Rela dan 33 anggota penguat kuasa MPPG termasuk Bahagian Kesihatan MPPG.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pasir Gudang, Norazah Jenan berkata, seramai 19 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1999/63 (Pindaan 2002).
Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke depot tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk tahanan reman selama 14 hari untuk tempoh siasatan.
“Operasi yang dijalankan di sekitar Simpang Kong Kong Masai, Taman Kota Masai, Taman Nusa Damai dan Taman Scientex berjaya menahan 19 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
“Tiga warga Indonesia termasuk seorang wanita ditahan kerana menyalahguna pas lawatan sosial, manakala 15 warga Thailand termasuk dua wanita ditahan kerana tinggal lebih masa dan seorang warga Myanmar ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Pegawai Tadbir MPPG, Sharif Idros berkata, seramai 10 peniaga dikenakan kompaun sebanyak RM250 manakala enam kedai disita barangan kerusi dan meja dalam operasi melalui pemantauan penguat kuasa MPPG dan maklumat awam.
Menurutnya, MPPG terpaksa mengambil tindakan atas kesalahan berniaga tanpa lesen dan meletakkan kerusi dan meja di kawasan lot meletak kenderaan tanpa kebenaran MPPG.
“Kita terpaksa merampas buah-buahan di Simpang Kong Kong Masai kerana berniaga di kawasan larangan memandangkan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga mengundang kemalangan.
“Dalam kes rampasan buah-buahan, ia boleh ditebus dalam masa 24 jam, manakala bagi peniaga yang baru pertama kali melakukan kesalahan turut boleh mengambil semula barangan yang dirampas selepas membayar kompaun yang dikenakan,” katanya.
Sharif berkata, operasi seperti itu sebelum ini sering dijalankan dan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa melalui kerjasama dengan jabatan kerajaan yang lain. - Sinar
Pusat urut haram: 13 GRO ditahan
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Ketika diserbu, terdapat empat pelanggan sedang diurut oleh pekerja wanita tersebut termasuk dua daripada wanita itu dipercayai sedang melakukan urutan seks.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, premis yang berselindung di sebalik pusat urut refleksologi itu turut meletakkan nombor pada baju wanita terbabit.
Katanya, setiap nombor terbabit adalah untuk tujuan pemilihan di kalangan pelanggan yang datang.
"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 31 tahun," katanya ketika ditemui selepas mengetuai serbuan itu.
Tambah Razali, hasil siasatan pihaknya mendapati, premis berkenaan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi urutan refleksologi dan dipercayai mula beroperasi sejak sebulan lalu.
Difahamkan, setiap pelanggan dikenakan bayaran RM150 bagi setiap sesi urutan termasuk urutan seks.
Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63. - Utusan
Sindiket pemalsuan pasport tumpas
Dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Ampang pukul 2.50 petang itu, seorang lelaki Indonesia berusia 30-an yang sedang leka memproses dokumen palsu ditahan bersama kelengkapan termasuk komputer, alat pengimbas, pencetak dan alat memotong.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Raja Mohd. Raja Ismail berkata, rampasan membabitkan lebih 21 dokumen perjalanan termasuk satu pasport Malaysia, MyKid dan puluhan lagi pasport Indonesia adalah yang terbesar dilakukan pasukan itu tahun ini.
Menurut beliau, turut dirampas, puluhan pelekat dokumen perjalanan dan dokumen agensi lain seperti kad pengesahan nikah Indonesia, MyKad dan lesen memandu.
"Pegawai kami telah membuat intipan sejak tiga minggu lalu ke atas sindiket itu yang berpusat di Ampang dan Hulu Klang. Ia dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu.
"Dalam serbuan itu, kami berjaya menahan seorang ahli sindiket ketika dia cuba melarikan diri dari tingkat empat pangsapuri berkenaan. Kami sedang memburu saki-baki ahli kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Raja Mohd., suspek yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 atas kegiatan pemalsuan dokumen terbabit dan kemasukan tanpa izin ke negara ini.
"Suspek kini ditahan reman di lokap Jabatan Imigresen di sini bagi membolehkan kami mengesan pergerakan sindiket tersebut.
"Kita percaya selain sindiket berkenaan, terdapat banyak sindiket berskala kecil seumpama itu yang wujud dan kami akan terus memburu mereka," tegasnya.
Beliau berkata, pelanggan sindiket berkenaan terdiri daripada rakyat asing yang memerlukan dokumen walaupun terpaksa membayar ribuan ringgit kepada sindiket berkenaan.
"Pasport Malaysia diminati rakyat asing kerana amat dipercayai penggunaannya di negara lain tetapi sindiket tersebut gagal meniru 100 peratus ciri-ciri keselamatan pada dokumen berkenaan," katanya. - Utusan


