KUALA LUMPUR: Polis Brickfields menumpaskan satu sindiket pelacuran di sebuah rumah urut di Taman Desa di sini dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan dan lima wanita rakyat asing di rumah urut itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata dalam operasi pada jam 9.20 malam itu, polis mendapati rumah urut berkenaan turut menawarkan khidmat seks.
"Kami menjumpai kondom serta peralatan seks lain di permis itu. Dua pelanggan rakyat tempatan turut diberkas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Tuesday, August 25, 2009
Polis Brickfields tumpas sindiket pelacuran
KL-Canberra meet on human smuggling
PUTRAJAYA: The Malaysia-Australia working group on trafficking and smuggling of persons will meet for two days to discuss on issues both countries are committed to jointly fight against.
The meeting, which will start on Wednesday, is a follow-up to Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein’s meeting with Australian authorities where issues like human trafficking was raised.
Several working papers are expected to be tabled and discussed by authorities like the Foreign Ministry, Home Ministry, police and the Immigration Department.
Deputy Home Minister Datuk Wira Abu Seman Yusop will lead the Malaysian delegation for the first day’s discussion while his colleague Jelaing Mersat will lead the second day’s meeting.
The meeting will also be attended by ministry secretary-general Datuk Seri Mahmood Adam, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan and senior officials from the Defence Ministry and the National Security Council.
Australia’s delegation will be led by Duncan Lewis, who is the national security adviser to Prime Minister Kevin Rudd. - The Star
Pendatang tanpa izin pulang beraya dipantau
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa kini meningkatkan pemantauan kawasan perairan negara bagi menghalang kegiatan pendatang asing tanpa izin dari Indonesia menyusup keluar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.
Sumber berkata, pendatang asing tanpa izin biasanya mengambil kesempatan pulang lebih awal ketika Ramadan kerana tahu pihak berkuasa akan melipatgandakan kawalan bagi mencegah kegiatan itu berlaku menjelang perayaan itu.
"Pendatang asing tanpa izin ini sering memilih jalan laut untuk pulang dan biasanya mereka menyusup keluar dari negara ini lebih awal kerana tidak mahu mengambil risiko lebih besar ditahan pihak berkuasa.
Penganggur wajib daftar di Jabatan Tenaga Kerja
JOHOR BAHARU 24 Ogos - Persatuan Pembekal dan Pengurusan Tenaga Kerja Asing Malaysia (Tekam) mencadangkan agar kerajaan mewajibkan setiap penganggur di negara ini mendaftarkan diri mereka dengan Jabatan Tenaga Kerja di setiap daerah.
Presiden Tekam, Datuk Baharum Ghani berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin.
"Menerusi pendaftaran secara wajib ini, syarikat yang terlibat dalam sektor perkilangan, perkhidmatan, peladangan dan pertanian hanya perlu berhubung dengan pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang terdapat di setiap daerah untuk mendapatkan pekerja tempatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pendaftaran secara wajib penganggur negara ini juga akan memastikan rakyat tempatan berhenti daripada menyalahkan syarikat yang sering didakwa mementingkan pekerja asing berbanding pekerja tempatan.
"Jikalau mereka (penganggur tempatan) mahu bekerja, mereka perlu mendaftarkan diri di pejabat Jabatan Tenaga Kerja di setiap pelusuk negara ini," katanya.
Baharum berkata memorandum mengenai cadangan Tekam itu juga diserah kepada Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keluluskan kemasukan pekerja asing dan Kementerian Sumber Manusia.
Beliau berkata hanya selepas syarikat gagal mendapatkan pekerja tempatan di pejabat-pejabat Jabatan Tenaga Kerja daerah, barulah mereka dibenar mengambil pekerja asing.
Tekam juga katanya, meminta prosedur untuk mengambil pekerja asing dipermudah dan dipercepatkan kerana sebarang penangguhan akan menjejaskan operasi syarikat. - Utusan
Rebut 24,937 kerja kosong
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Golongan penganggur disaran merebut 24,937 kekosongan jawatan dalam 80 sektor yang ditawarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tahun ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kekosongan jawatan itu melibatkan sektor informasi, teknologi dan komunikasi, elektrik dan elektronik, pengangkutan serta perubatan.
"Kami akan mengeluarkan iklan berhubung kekosongan tersebut di media massa termasuk media cetak dan elektronik mulai esok hingga 17 September ini.
"Pihak yang berminat boleh mengisi borang yang disediakan dalam surat khabar dan hantar kepada JTK secepat mungkin,'' katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pekerjaan Kebangsaan anjuran (JTK) di sini hari ini.
Dalam hubungan itu kata beliau, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM400 juta bagi membantu meringankan beban mereka yang kehilangan pekerjaan.
"Kerajaan berusaha untuk membuat yang terbaik kepada masyarakat, maka kami berharap orang ramai jangan hanya mengadu bahawa kerajaan tidak berbuat apa-apa demi menyelesaikan masalah pengangguran,'' katanya.
Menurutnya, sebelum ini kerajaan pernah menawarkan 36,000 kekosongan pekerjaan tetapi hanya kira-kira 13,000 telah diisi dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
"Mereka yang mengisi 13,000 kekosongan itu adalah graduan (3,888), belia (4,200) dan orang yang telah diberhentikan kerja (5,162),'' jelasnya. - Utusan