Saturday, June 18, 2022

7 pegawai kena tahan: Imigresen sedia kerjasama siasatan SPRM

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melengkapkan siasatan terhadap tujuh pegawai jabatan itu yang ditahan suruhanjaya terbabit, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

 

Beliau berkata, penahanan tujuh pegawai disyaki terbabit dalam aktiviti pengeluaran pas dan dokumen imigresen secara tidak teratur serta didakwa melindungi warga asing itu adalah hasil kerjasama Jabatan Imigresen dan SPRM khususnya dari segi perkongsian maklumat.

"Kerjasama sepenuhnya akan diberikan kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka yang akan dilaksanakan secara penuh profesional," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 13 Jun lalu, SPRM dilaporkan menahan tujuh pegawai penguat kuasa dan dua individu termasuk warga asing bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM500,000.

Enam pegawai penguat kuasa termasuk pegawai kanan itu ditahan di Sarawak, manakala seorang lagi di Selangor.

Khairul Dzaimee menegaskan, Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan pegawai atau kakitangan yang didapati menyalahgunakan kuasa bagi tujuan kepentingan peribadi serta memperoleh wang secara mudah,

"Kesemua yang terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjara dan ditamatkan perkhidmatan jika didapati bersalah," katanya. - BERNAMA

Friday, December 22, 2017

2018: Majikan Wajib Bayar Levi Pekerja Asing

PUTRAJAYA: Bermula 1 Januari ini, majikan di seluruh Malaysia wajib membayar levi pekerja asing mereka.


Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya hari ini berkata  semua majikan mesti  menanggung pembayaran levi pekerja asing baharu dan pekerja asing yang telah memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Ketetapan dasar ini terpakai kepada majikan yang telah mendahulukan pembayaran levi pekerja asing sebelum ia dikuatkuasakan walaupun tempoh PLKS masih aktif dari tahun ini dan tamat tempoh pada 2018.

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas majikan yang gagal mematuhi undang-undang, peraturan dan dasar yang ditetapkan berhubung pembayaran levi pekerja asing,” kata kementerian itu.

Ketetapan  pembayaran levi oleh majikan adalah termaktub dalam dokumen Aku Janji  Majikan yang perlu ditandatangani majikan sebelum dibenarkan menggaji pekerja asing.

Kadar pembayaran levi pekerja asing di Semenanjung Malaysia bagi sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan ialah RM1,850, perladangan dan pertanian (RM640) dan pembantu rumah adalah antara RM410 hingga RM590 (mengikut bilangan).

Di Sabah dan Sarawak, kadar pembayaran levi pekerja asing bagi sektor perkilangan dan pembinaan ialah RM1,010, perkhidmatan (RM1,490), perladangan (RM590), pertanian (RM410), dan pembantu rumah adalah antara RM410 hingga RM590.

Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 menggariskan inisiatif bagi menambah baik sistem pengurusan pekerja asing di Malaysia termsuk dengan mengehadkan penggajian pekerja asing pada kadar 15 peratus  daripada jumlah guna tenaga negara menjelang 2020.

Selain itu, mengawal selia kemasukan pekerja asing berkemahiran rendah melalui penambahbaikan sistem levi pekerja asing.

Dalam usaha mencapai inisiatif tersebut, Jemaah Menteri pada 25 Mac 2016 bersetuju supaya bayaran levi pekerja asing ditanggung oleh majikan berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Namun, setelah menerima pandangan dan maklum balas daripada pertubuhan majikan dan mengambil kira kos menjalankan perniagaan, tempoh penyesuaian industri dan pengurusan sumber manusia syarikat, kerajaan memutuskan supaya majikan di seluruh Malaysia membayar levi pekerja asing bermula Januari ini. - Bernama

Sunday, November 15, 2015

SEKTOR PERKHIDMATAN (3D)

Pengumpulan sisa pepejal dikategorikan sebagai 'kerja kotor' (Dirty)
Sektor perkhidmatan - mengumpul dan membersihkan sisa pepejal. 

Wednesday, November 11, 2015

KENYATAAN MEDIA: ISU i-KAD PEKERJA ASING YANG BEKERJA DI MALAYSIA.

Penggunaan I-KAD ini, adalah untuk mempertingkatkan Sistem Pengurusan Pekerja Asing di Negara ini agar tidak berlaku penyalahgunaan permit kerja.
BeaM sudah lama menyokong langkah mewujudkan I-KAD untuk Pekerja Asing di negara ini.
Dengan adanya I-KAD, ianya dapat dijadikan pengenalan diri pekerja asing dan majikan mereka selama bekerja di Malaysia.

Saturday, November 7, 2015

Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh

En Zul Azhar b. Cha, Timbalan Presiden, Pertubuhan Bebas-PATI 1Malaysia
Inilah yang dimaksudkan YAB DS Zahid Hamidi. Majikan mahukan pekerja yang setia dan amanah dlm bekerja.

Thursday, December 20, 2012

Usaha Dipertingkat Untuk Pastikan Pengambilan Pembantu Rumah Indonesia Berjalan Lancar

Pastinya banyak yang dibincang diantara kedua Delegasi. termasuk Isu pembantu Rumah.
PUTRAJAYA, 19 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menegaskan tentang pentingnya kedua-dua negara melaksanakan sepenuhnya dan secara konsisten peruntukan yang terkandung dalam Protokol Untuk Meminda Memorandum Persefahaman Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006.

Wednesday, December 19, 2012

Najib: Malaysia Dan Indonesia Teruskan Rundingan Tenaga Kerja

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono selepas sidang media sempena Rundingan Tahunan Ke-9 Antara Malaysia dan Indonesia di bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA, 18 Dis - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia dan Indonesia akan meneruskan rundingan berhubung soal pengambilan tenaga kerja dari negara jiran itu terutama berkaitan kadar fi agensi.

Tuesday, December 18, 2012

Hubungan GTG Boleh Elak Guna Pakai Ejen Pembantu Rumah - Perdasama

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Kerajaan disaran menggunakan hubungan kerajaan dengan kerajaan (GTG) dalam pemgambilan pembantu rumah, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada ejen yang mengenakan bayaran terlalu tinggi.

Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-indonesia Tingkat Keakraban

PUTRAJAYA, 18 Dis - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL petang Selasa bagi menghadiri Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-Indonesia.

Kos Pengambilan Pembantu Rumah Akan Meningkat

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang perlu ditanggung oleh majikan akan meningkat berbanding jumlah yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandangani pada 2011.

Wanita BN Mahu Polisi Pengambilan Pembantu Rumah Asing Dikaji Semula

Gambar hiasan. - Ihsan Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR, 16 Dis - Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan mengkaji semula polisi pengambilan pembantu rumah asing yang pada masa ini rumit dan kompleks sehingga memberi kesulitan kepada majikan terutama wanita.

Friday, February 3, 2012

Operasi Kesan 1.3 Juta PATI Tidak Mendaftar 6P Mulai Pertengahan Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), akan dilakukan di seluruh negara mulai pertengahan bulan ini.

Operasi itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bersama-sama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Satu Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Di Perairan Kota Tinggi Ditemui

JOHOR BAHARU, 2 Feb - Satu mayat mangsa kejadian bot pancung karam di Teluk Semayong, Sedili Besar, dekat Kota Tinggi ditemui pada Khamis, menjadikanjumlah kematian akibat tragedi itu meningkat kepada sembilan orang, setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata mayat lelaki berkenaan ditemui oleh pasukan Gerkan Marin yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di pantai Teluk Semayong kira-kira pukul 2.20 petang.

Wednesday, January 25, 2012

Tarikh Akhir Pemutihan Program 6P 15 Feb - KDN

PUTRAJAYA, 25 Jan - Kerajaan menetapkan 15 Feb depan sebagai tarikh akhir proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.

Dalam satu kenyataan Rabu, beliau berkata sebelum ini proses pemutihan itu diteruskan secara pentadbiran selepas tamat pada 10 Jan lepas.

Imigresen Tahan Lima Pati Cuba Diseludup Keluar Melalui Kik Bukit Kayu Hitam

Tiga PATI warga Myanmar yang berbaring di dalam but kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk keluar ke negara Thailand secara haram di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam. - UTUSAN
BUKIT KAYU HITAM, 24 Jan - Jabatan Imigresen negeri menahan empat lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar yang cuba diseludup keluar ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam petang semalam.

Pengarahnya, Mohd Hatta Kassim berkata Pati tersebut berumur di antara 15 dan 32 tahun dipercayai masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah dua atau tiga bulan lepas untuk bekerja.

Saturday, January 21, 2012

416 Kes Pemerdagangan Orang Sejak 2008 Hingga 2011

PUTRAJAYA, 21 Jan - Sejumlah 416 kes dan 591 tangkapan telah dilaksanakan bahagian penguatkuasaan bagi pemerdagangan orang dari tahun 2008 sehingga 2011, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ia berkata bagi kes pendakwaan pula, sebanyak 383 kes telah dituduh di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sementara 243 kes sedang di peringkat perbicaraan, 59 kes telah selesai dan 60 kes berjaya disabitkan.

Friday, January 20, 2012

15 GRO Asia Barat, Asia Tengah dicekup

Sebahagian GRO dari Asia Barat yang berjaya ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam semalam.
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Seramai 15 wanita warga asing dan seorang pondan tempatan yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Bukit Bintang di sini tengah malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh 15 anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula pukul 12 tengah malam hasil risikan yang dijalankan selama sebulan.

Thursday, January 19, 2012

APMM Tahan 57 Warga Myanmar Di Langkawi

LANGKAWI, 19 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 57 warga Myanmar, dipercayai pendatang tanpa izin, yang menaiki sebuah bot di 0.5 batu nautika dari Teluk Burau di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata bot ronda APMM yang ditugaskan membuat rondaan telah mengesan sebuah bot tanpa nombor di lokasi berkenaan pada 1.30 tengah hari.

3,886 Pati Dan 106 Majikan Dikenakan Tindakan Dibawah Program 6P

KUALA LUMPUR, 19 Jan - Sebanyak 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen telah dikenakan pelbagai tindakan.

Jumlah itu adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.

50 Warga Asing Ditahan Di Daerah Ampang Jaya

KUALA LUMPUR, 18 Jan - Seramai 50 warga asing ditahan di dua lokasi di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa iaitu di Sungai Sering dan Taman Ukay Club awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi yang mengetuai Operasi Bersepadu Rantau kira-kira 2.30 pagi itu berkata operasi pemeriksaan ke atas warga asing tersebut dilakukan ekoran aduan penduduk berlakunya banyak kejadian samun dan pecah rumah di kawasan mereka.

Labels

. KEMENRETIAN SUMBER MANUSIA (2) 6P (15) Afghanistan (2) Ampang Jaya (1) apjati (1) APMM (2) ATM (1) Bangladesh (4) BEAM (3) Bebas-PATI (1) biometrik cap jari (1) Bot Karam (1) Bukit Kayu Hitam (1) China (1) CLAB (1) Dadah (2) DANGEROUS (1) DIFFICULT (1) DIRTY (1) Filipina (1) GRO Asia Barat (1) GRO Warga Asing (3) Hishammuddin (1) i-kad (1) Imigresen (6) IMIGRESEN JOHOR (1) INDIA (1) Indoneisa (2) Indonesia (7) izat emir (1) JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (3) KDN (26) Kemasukan 1.5juta Pekerja Asing Dari Bangladesh (1) kEMENTERIAN DALAM NEGERI (2) Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee (1) KSU (1) KUANTAN (1) Langkawi (1) LEVI (1) Lombok Agreement (1) MAJIKAN (1) malaysia (4) MAPO (1) MBAM (1) Myanmar (3) najib tun razak (4) Nepal (1) Nigeria (1) Operasi (1) OSC (1) papa (1) PATI (30) PBT (1) PDRM (1) Pekerja Asing (12) Pekerja Asing Indonesia (1) Pelacur (1) Pelajar Asing (2) Pemalsuan Pasport (1) Pembantu Rumah (9) Pembantu Rumah Tangga (1) Pemerdagangan Manusia (4) Penduduk Tetap (1) Pengawal Keselamatan (1) Pengemis Warga Asing (1) perdanasama (1) PERTUBUHAN Bebas-PATI 1MALAYSIA (3) pikap (1) presiden susilo (1) PRT (2) raja zulkepley dahalan (1) Rela (1) Sedili Besar (1) Shahrizat Jali (1) SPA (1) SPRM (1) Sri Lanka (1) Stesyen minyak (1) susilo (2) Susilo Bambang Yudhoyono (1) Tan Sri Mahmood Adam (3) Teluk Semayong (1) Thailand (1) TKI (3) Vietnam (1) VISA Pelajar (1) Warga Asing (5) Warga Asing - Dadah (1) Warga Asing Meninggal (1) Warga Indonesia (1) ZAHID HAMIDI (2) ZUL AZHAR B CHA (3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...